HULUR
SUMBANGAN....Salah seorang pengundi Warga Emas Gum-Gum menerima bantuan Gong Xi
Fa Chai yang disampaikan Hj Zakaria.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
GUM-GUM : Masyarakat dan pengundi Cina di kawasan Gum-Gum tidak
terpinggir dalam menerima apa saja bantuan dan prasarana daripada kerajaan
Barisan Nasional (BN) seperti masyarakat lainnya di kawasan ini.
Perayaan Tahun Baru Cina
yang disambut saban tahun seperti perayaan-perayaan lainnya, rakyat pelbagai
kaum tetap akan mendapat sumbangan daripada wakil rakyat BN yang mewakli
kawasan masing-masing.
Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Gum-Gum, Datuk Hj Zakaria Hj Edris berkata demikian ketika berucap di
majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru
Cina kepada lebih 360 warga emas yang berumur dari 55 hingga ke 60 tahun atas
yang diadakan di Dewan Serbaguna SJK (C)
Min Chung, pagi kelmarin.
Sumbangan sebegini rupa,
kata Zakaria dilakukan pada setiap tahun menjelangnya Tahun Baru Cina dengan tujuan untuk meringankan sedikit beban
bagi mereka yang menyambut perayaan tersebut.
“Sebagai wakil rakyat di
kawasan Gum-Gum yang mewakili semua kaum saya tidak akan melupakan kepada semua
pengundi-pengundi di kawasan ini; maka
kebajikan semua kaum termasuk masyarakat kaum Tiong Hua terus terpelihara,” ujarnya.
Zakaria menambah, dengan
adanya program penyampaian tersebut, ia akan menyuntik semangat untuk
mewujudkan jalinan mesra dan keharmonian perpaduan yang intim antara satu kaum
dengan kaum yang lain.
“Inilah keunikan negara
Malaysia, khususnya di Sabah. Walaupun dengan perkongsian kuasa dengan beberapa
suku kaum untuk menerajui kepimpinan dalam pembetukan kerajaan Barisan Nasional
(BN); jelas telah membawa kesejahteraan kemakmuran kaum-kaum yang ada di negara
ini. Kita telah berjaya membentuk gagasan 1Malaysia seperti yang diilhamkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Hj Mohd Najib Tun HJ Abdul Razak," jelas Zakaria.
Sehubungan itu, sambil menyeru masyarakat Tiong Hua di Gum Gum agar terus menyokong
dasar-dasar kerajaan BN, bukan sahaja untuk kesejahteraan kehidupan mereka, tetapi
kata Zakaria, demi untuk meneruskan
usaha meletakkan Sabah dalam arus
perdana pembangunan negara.
Tambah Zakaria, semoga
dengan adanya majis-majlis rumah terbuka
Tahun Baru Cina 2013 ini akan membawa perpaduan dan kemakmuran kepada
rakyat di negara ini agar keharmonian yang dipupuk selama ini terus terjalin.
Turut hadir pada majis
tersebut ialah Ketua Pemuda Bahagian
UMNO Libaran Suhaimi Hj Nasir; Pemimpin
Kemajuan Rakyat (UPKR) Kamal Mohamed Said dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO)
Roslie.
No comments:
Post a Comment