Saudara Pengarang,
TERLEBIH dahulu saya memohon
izin dan restu untuk menggunakan ruang portal Online Sabahkini.Net untuk
mengupas sedikit kenyataan Halik Zaman yang tersiar di Sabahkini.Net pada 3 Mac
2013 bertajuk 'Halik Zaman Saman Sharleynormagilbert' yang dilihat seolah-olah orang
tua yang tidak bertamaddun.
Sebagai seorang pemimpin
dalam PKR Tenom, Halik Zaman harus mempunyai minda terbuka sebagai seorang
pemimpin parti yang menjadi bakal Calon kawasan Tenom pada PRU 13 nanti harus
tabah dan cekal menerima apa saja tohmahan daripada orang ramai dan kalau takut
kena kritik, takut kena maki hamun; lebih baik Halik duduk sahaja dalam Surau
atau masjid dan terus berzikir sambil menunggu ajal.
Bak kata pepatah, “jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi
Pantai". Sama juga kalau orang takut kena cemuhan, kena maki, kena hina dan
kena fitnah lebih baik jangan main politik, bukankah maki hamun itu asam garam
dalam arena politik.
Kalau Halik hendak meneruskan
niat untuk menyaman kepada Sharley dan diketahui oleh umum dan kes ini sampai
ke telinga Datuk Seri Anwar Ibrahim; sudah tentu dia patah hati bila melihat
orang yang bakal menjadi calon pada PRU 13 nanti bersifat gelojoh dan tidak ada
sifat-sifat kesabaran.
Saya bukan ingin membela
Sharley yang ingin disaman tetapi persoalannya, apakah Sharley benar-benar wujud atau hantu jelmaan orang Halik sendiri? Jika Sharley benar-benar wujud, mungkin kanak-kanak Tadika. Mampukah dia bayar saman? Jadi
saya fikir ada baiknya Halik batalkan niatnya untuk menyaman para pengomen di
ruangan disquss Sabahkini.net.
Jika perkara sekecil ini
ingin dibesarkan Halik, maka dia patut malu kepada pemimpin UMNO seperti Datuk Seri
Mohd Shafie Hj Apdal kerana bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepadanya,
beliau tetap tenang dan sabar menghadapi karenah pengundi dan sentiasa membaiki
diri.
Malah fitnah terhadap Ketua
Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman dalam kes Hong Kong lebih dasyhat. Begitu
juga Datuk Samsuddin Yahya juga tidak pernah mengambil berat segala tuduhan
yang disiarkan di Sabahkini.net.
Saya kenal Halik kerana kita
satu umur. Sebagai orang veteran yang dihormati, berfikir panjang sebelum
meneruskan niat kebudak-budakkan untuk 'bertumbuk' dengan kanak-kanak tadika.
Tidakkah ini memalukan?
Kita kini sama-sama berjuang
dalam PKR. Dalam perjuangan yang amat panjang ini, satu sahaja niat ialah mahu
menang PRU-13 dengan menumbangkan BN/UMNO di Sabah.
Jangan fikirkan hal yang
remeh sehingga memesongkan fikiranmu terhadap persediaan PRU-13. Apatah lagi
Halik menggunakan orangnya untuk menyekat orang lain yang menjadi pencabarnya
sedangkan mereka berada dalam satu parti.
Ingat Halik, ini pesan dari kawan
lamamu kerana kita dulu sama-sama berjuang Hj Saidi Lampoh, Datuk Hj Mohd Noor Mansur, Arwah Pengiran Khafid, arwah
Abdul Hamid Awang dan A.K Aliudin. Saya akan terus menyokong perjuanganmu selagi tidak mengundang tohmahan kepada PKR.
Salam hormat dari saya,
"INI KALI LAH"
DZULKIFLIE HJ AHMAD MANTONG
Kg Panjut Tuaran
No comments:
Post a Comment