KESAL....Datuk
Zakaria melahirkan kekesalan dengan insiden yang berlaku di Lahad Datu dan
mendesak kerajaan menyelesaikan segera.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
GUM-GUM : Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Hj Zakaria Hj Edris menyeru rakyat di
Sabah agar tidak membuat spekulasi yang tidak tepat mengenai pencerobohan warga
asing yang bersenjata dan berpakaian lengkap ala-tentera di Felda Sahabat, Lahad
Datu, baru-baru ini.
Rakyat di negeri ini khususnya
di daerah Lahad Datu dan Sandakan tidak perlu bimbang kerana kita mempunyai
pasukan keselamatan seperti Polis, Tentera, Navy, Polis Marin dan Maritim kerana
mereka sentiasa mengawal perbatasan negara sekalipun pesisir yang luas.
Zakaria berkata demikian
dalam satu wawancara eksklusif dengan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan kelmarin
ketika mengulas satu kenyataan media yang tersiar di Sabahkini.Net pada 18 Feb
2013 bertajuk 'USCO Bantah Tuntutan
Sultan Sulu.'
Zakaria menyokong
kenyataan Presiden USCO, Bentan
Alamin yang tidak bersetuju dengan tindakan 'Sultan Sulu' yang meminta
pengiktirafan kedaulatannya dan tentera Diraja Kesultanan Sulu serta menghentikan
pengusiran orang Suluk yang sepatutnya tidak timbul.
Apapun kata Zakaria, untuk
menyelesaikan kes ini biarlah kita serahkan sahaja kepada pihak kerajaan untuk
mengadakan rundingan dalam keadaan baik tanpa menimbul sebarang perkara yang
tidak diingini.
Dalam perkembangan politik
tanah air, khususnya di kawasan Gum-Gum, Zakaria menjelaskan rakyat di kawasan
DUN Gum-Gum teguh menyokong kerajaan BN yang memerintah sekarang demi
meneruskan agenda kerajaan bagi merealisasikan pembangunan yang pesat untuk
dinikmati rakyat jelata.
Gum-Gum, kata Zakaria ,adalah
kubu BN/UMNO dan bukannya mudah parti pembangkang merampas kerusi DUN pada PRU
13 nanti; sekalipun pembangkang telah menaburkan pelbagai fitnah terhadap
beliau.
“Rakyat di kawasan ini
sudahpun banyak menerima pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan, khususnya
membina Program Perumahan Rakyat PPR, menaik taraf jalan-jalan kampung dan
memberikan bekalan elektrik,” ujarnya.
Tambah Zakaria jentera untuk
menghadapi pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) nanti UMNO/BN Gum-Gum khususnya
Libaran sudah siapa siaga untuk berdepan dengan PRU 13 ini yang bakal diadakan
bila-bila saja.
No comments:
Post a Comment