Sunday, 17 February 2013

JUTAWAN SEGERA SEPERTI 'CACING KEPANASAN'






Oleh : KREW SABAHKINI.NET

JUTAWAN segera di Beaufort yang tiba-tiba memiliki banyak wang dan harta, Fredoline Pingo seperti cacing kepanasan kerana tanpa disangka-sangka, orang ramai memberi perhatian kerana ingin tahu tentang kekayaan mengejut dan kemewahan yang dimilikinya.

Di mana-mana dia dapat dilihat, orang ramai memperkatakan tentang wangnya yang banyak dan tidak kurang berbisik mengidam untuk menjadi kaya sepertinya.

Ahli politik ini tiba-tiba menjadi masyhur mengalahi artis pujaan ramai kerana kekayaan dan pemilikan harta dalam sekelip mata seperti tanah dan kereta mewah atas pendedahan terbuka dibuat Sabahkini.net tentang kegiatannya; yang disyaki terlibat dalam sindiket penggubahan wang haram berdasarkan maklumat orang ramai yang menjadi mangsa modus operandi bersama kuncu-kuncunya.

Dari gerak-gerinya, dia mahir bermain silap mata dan berbelit-belit seperti ular  tanpa menyedari cakap-cakapnya memerangkap diri sendiri.

Apa tidaknya, jutawan segera yang meletup itu sekejap memberi alasan, "jangan kamu heran di mana saya dapat duit banyak, karajaan bagi saya projek ratusan juta".

Sekejap lagi puluhan juta dan sekejap lagi, "saya menang loteri super supreme"; sekejap lagi dia cakap menang jackport dan sekejap lagi jumpa harta karun.

Kadangkala orang di belakangnya rasa bingung dan ganjil. Mereka kata ada juga orang macam ini, tanpa sedar mengumpat taiko mereka.

Jutawan segera itu terus bermain silap mata kepada orang yang sentiasa mengekorinya dan menganggap orang ramai yang mahu menggali rahsia kekayaannya sebagai budak nakal yang senang dibodoh-bodohkan.

Orang ramai dalam parti pembangkang seperti PKR juga runsing dan gelisah dengan kemunculan 'Jutawan King' ini secara tiba-tiba, bimbang mereka akan terjejas teruk waktu PRU tidak lama lagi; ada maklumat sebahagian wang itu mungkin digunakan untuk memusnahkan harapan mereka.

Cerita ini menyerupai sindiket skim cepat kaya yang melibatkan seorang rakyat Filipina, Manuel KaringalAmililio yang melarikan diri ke Sabah dengan nilai penipuan sebanyak RM895 juta di mana ada dakwaan sebahagian wang itu kononnya digunakan membiayai pilihanraya di Sabah. Amililio waktu ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di Kota Kinabalu atas kesalahan memiliki pasport palsu.

Jutawan segera Beaufort ini tidak diketahui jumlah kekayaannya kerana dia terus memberi angka sekejap lain, sekejap lagi lain. Ada waktunya, dia kata RM300 juta, RM30 juta, RM 10 juta; di waktu lain dia kata dia menang loteri RM400 juta, sekejap lagi dapat komisen puluhan juta.

Sumber mendakwa, jutawan segera itu cuba berselindung dengan seseorang dan dikatakan dengan mengeluarkan wang daripada rakannya dalam ratusan ribu dalam tempoh-tempoh tertentu bagi mengelak dijejaki pihak berkuasa dan SPRM.

Memang aneh, berdasarkan penerangan saksi, mangsa-mangsa terlibat sepatutnya, pihak polis tiada sebab untuk berlengah menjalankan siasatan.


Dalam perkembangan mutakhir, salah seoarang mangsa ialah Mantan AJK UMNO Beaufort, Raymond Insi, kini orang kanan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajjah Azizah Mohd Dun. Percubaan Editor Sabahkini.net untuk menghubungi Raymond melalui telefon bimbit bernombor 0198707271 juga gagal. Manakala SMS juga tidak dijawab.

Tidak diketahui sama ada Azizah dan Pemangku Ketua UMNO Beaufort, Isnin Aliasnih turut terlibat atau menjadi mangsa kerana sering kelihatan bersama Jutawan Segera. Percubaan untuk menghubungi Azizah dan Isnin juga tidak berjaya kerana mereka berdua tidak pernah menjawab panggilan telefon atau SMS Editor Sabahkini.net.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan rapi sebelum membuat laporan polis dan akan mendesak Bank Negara Malaysia menjalankan siasatan rapi kerana ramai mangsa mula menghubungi beliau.

No comments:

Post a Comment