Thursday, 7 February 2013

KERAJAAN SAYANG IBU TUNGGAL







POTONG....Azizah dan Isnin memotong riben sebagai simbolik perasmian Warung Pantai di Kampung Tempurong Kuala Penyu.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

KUALA PENYU:Kerajaan sentiasa berusaha untuk membela dan menjaga kebajikan ibu tunggal dan Warga emas, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, datuk Azizah Mohd Dun.

Beiau berkata, pelbagai program bantuan telah dan akan terus diberikan kepada golongan ini bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sejahtera.

“Kerajaan sedar bahawa golongan ibu tunggal dan warga emas perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya. Maka dari masa ke semasa kerajaan terus melaksanakan pelabagai program untuk membantu ibu tunggal dan warga emas. Ini membuktikan kasih sayang kerajaan kepada golongan ini yang menjadi sebahagian daripada penduduk negara ini,” katanya sambil mengajak agar mesyarakat menyayangi warga emas dan ibu tunggal.

“Warga emas dan ibu tunggal adalah sebahagian daripada masyarakat yang perlu kita sayangi,” katanya.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata demikian pada program santai bersama warga emas dan ibu tunggal di Balai Raya Kg Tempurong di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Adun Kuala Penyu, John Teo Mau Sing, Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih; Naib Ketua Umno Beaufort, Datuk Kimjus Duim; Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort, Ishak Ibrahim dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Beaufort, Saridah Mohd Dun.

Azizah menyeru semua penduduk agar terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN dan memastikan BN mendapat mandat yang lebih besar dalam PRU-13 nanti agar pembangunan yang dinikmati sekarang akan terus dapat dirasai generasi akan datang, khususnya di kawasan Perlimen Beaufort, Dun Klias dan Kuala Penyu,” katanya.

Beliau juga mengingati rakyat agar tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang yang mempunyai agenda peribadi.

“Pemimpin dan kerajaan BN berjuang bukan untuk kepentinngan peribadi tetapi untuk kesjahteraan rakyat dan membangunkan negara ini. Tolak part pembangkang kerana mereka tidak memiliki perjuangan yang telus untuk rakyat melainkan untuk mencapai matlamat peribadi mereka,” katanya.

Azizah yang menjamu sajian tengahari bersama penduduk pada program itu turut menyempurnakan perasmian Warung Pantai Kg Tempurong.

Di akhir majlis beliau menyampaian bantuan kepada warga tua dan ibu tunggal serta penyampaian bantuan kerusi roda kepada seorang kanak-kanak OKU.

No comments:

Post a Comment