Oleh : JOHN CHARLES MITAH
MIKAT
Kes Norikoh telah bermula
pada 7 dan 8 Februari lalu, di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu. Saksi pertama
ialah Dr Voo Kiau Moi, 60, seorang doktor swasta yang telah mengendalikan
klinik di Pekan Kota Marudu sejak 1991. Beliau berkata telah memeriksa karotid
di leher si mangsa (Norikoh) dan mendapati nadinya tidak berdenyut lagi.
Dr Voo memberitahu Hakim
Duncan Sikodol bahawa tubuh gadis itu sejuk dan jejarinya (si mangsa) sudah
bertukar menjadi kebiruan, bermakna terdapat kekurangan oksigen dan mangsa
telah lama mati.
Menurut saksi kedua, wujud 3
DNA asing atau lebih dari 3 identiti yang telah dikesan (satu daripadanya)
melalui 29 pakej/sampel yang telah dihantar oleh ASP Taruna (melalui Inspektor
Prikson Bin Ubak, daripada IPD Kota Marudu) pada 5 Disember 2012 kepada Pegawai
Sains Rita Tie Ung Ha, yang bertugas di Jabatan Kimia, Kuching; memaklumkan
kepada Mahkamah Sesyen pada 8 Februari. Tetapi apa yang peliknya kenyataan ini
tidak disiarkan di akhbar tempatan untuk pengetahuan seluruh rakyat Sabah.
Seperkara lagi yang tidak
dipaparkan dalam akhbar tempatan ialah, menurut Rita (Juru Kimia) rambut yang
telah dihantar kepadanya untuk dianalisis menunjukkan DNA milik Amir Ali Khan
Nawaty, 40, yang dituduh menyebabkan kematian Norikoh Saliwah di dalam sebuah
lori bergerak yang menuju dari pekan Kota Marudu ke Langkon, di Km 2.8 di sepanjang
jalan Kota Marudu-Langkon, antara 11 pagi dan 12.30 tengah hari pada 25
November, 2012.
Sungguhpun tidak terdapat
kesan air mani Amir atau darah pada anak baju, coli, seluar panjang, kemeja
berlengan panjang dan seluar dalam Norikoh; namun Pegawai sains Rita
menjelaskan dia mengesan kehadiran darah (melalui uji peluh yang diambil dari
stering lori) tetapi melalui analisis DNA, profil DNA lemah dan tidak membawa
kepada sebarang kesimpulan ditemui dari bahan kapas itu. Ini katanya mungkin
disebabkan terkena cahaya matahari atau telah dilap atau sudah 'degraded'.
Sebelum itu, semasa
pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzan Abd Kahar yang tampil
bersama DPP Raja Zaizul Faridah, Rita memberi keterangan bahawa DNA dikesan
pada bahan uji peluh yang diambil dari tombol tingkap bahagian penumpang lori
tersebut adalah milik DNA Norikoh. Fikir-fikirkanlah!
Perbicaraan akan bersambung
selepas tahun Baru Cina pada 13, 14 dan 15 Februari 2013.
No comments:
Post a Comment