Oleh : DZULASREE @ ASREE SUG
TIDAK siapa tahu kenapa
'Sultan' ini mahukan North Borneo (Sabah) untuk dimasukkan ke wilayah Filipina?
Satu kenyataan yang generasi muda dan nenek moyang Tausug kutuk sampai kiamat.
Sangat menghairankan Sultan Esmail Kiram II ini sangat mencintai negara Kafir
Filipina.
Mengapa tidak sahaja
keluarkan diri dari kewarganegaraan Filipina menjadi 'Entiti Sendiri' sebagaimana
nenek moyangnya? Jadilah Kesultanan SULU yang MERDEKA bukan di bawah ketiak
Filipina!
Kami generasi muda Tausug
lebih rela SABAH dijaga oleh Malaysia dari diheret masuk ke Filipina. Sampai
bila Tausug berfikiran jumud seperti ini. Tiada masa depan dan terhina di bawah
tapak kaki Filipina.
Daripada terhina di bawah
tapak kaki Filipina lebih baik Tausug terhina di dalam kurungan rumah merah
yang disediakan oleh Malaysia di seluruh Sabah.
Malaysia walau pun dipandang
zalim menyeksa Tausug dalam tahanan rumah merah, sekurang-kurang Tausug tidak
mengakui ketuanan Filipina.
Kita ucap terima kasih
kepada Malaysia kerana membina Kurungan Rumah Merah kerana dengan ini generasi
Tausug di Malaysia sentiasa subur semangat perjuangan mengembalikan hak nenek
moyang mereka di negeri Sabah.
Kami setia menunggu dan
mendoakan kejayaan Sultaniyah Sulu Darul Islam (SSDI) di bawah pimpinan para
Datu dan Syarif di bawah naungan Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II.
Dunia ini hanya sementara,
akhirat adalah tujuan kita. Kami sudah tidak tahan dengan demokrasi. Kami
rindukan DARUL ISLAM.
Allahuakbar! Allahuakbar!
Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment