Oleh : PAPARAZZI
SABAHKINI.NET
TUAH ayam nampak di kaki,
tetapi tuah seorang PATI dari Bulukumba, Indonesia terserlah setelah mendapat
Sijil Lahir dan IC sehingga berjaya memiliki 12 buah kenderaan dan harta
bernilai lebih RM2 juta; malah menjadi MAFIA yang menjadikan Polis Peronda dan
JPJ sebagai 'kuli' yang boleh dicaci dan dimaki.
Walaupun bapanya, Elias yang
menjadi Mandor dan ibunya, Hajjah Suhaini merupakan Pendatang Asing yang
bekerja di Ladang Morisem 4, namun Mohd
Ali Asdar dapat bersekolah di SMK Agaseh tetapi tidak dapat melanjutkan
pelajaran kerana tidak mempunyai Sijil Lahir dan Mykad dan terpaksa menggunakan
pasport atas jaminan ladang.
Tetapi setelah memperolehi
Sijil Lahir atas nama Supriandy yang dibeli dengan harga RM8,000 daripada
seorang Jawa, warga Indonesia, Suparlan Suparni yang dikesan menggunakan MyKad
Palsu bernombor 530608-12-5441; maka hidup malang Mohd Ali Asdar mula berubah.
Agak mengejutkan bagaimana
seorang Pegawai JPN di Lahad Datu (sudah bersara) boleh membantu Mohd Ali Asdar mendapatkan Mykad bernombor 760106-12-6173
atas nama Supriandy Suparlan sedangkan jelas tertera di atas Sijil Lahir
bernombor TWU 107/76 statusnya BUKAN WARGANEGARA kerana bapanya Suparlan
Suparni dan ibunya, Nurbaya Ibrahim bukan warganegara.
Mengikut siasatan Paparazzi,
Suparlan masih menjadi Tukang Sapu di Hospital Tawau tetapi anaknya, Supriandy
sudah lama pulang ke Indonesia sehingga beliau membuat keputusan untuk menjual
Sijil lahir Supriandy kepada Mohd Ali Asdar.
Setelah mendapat MyKad
kehidupan Mohd Ali Asdar berubah 360 darjah kerana selama ini tidak pernah
menyangka MyKad Malaysia mempunyai kuasa yang luarbiasa sehingga boleh menukarkan
hidupnya daripada membanting tulang kepada 'mengira wang' dan menjadikan Pegawai
Polis dan JPJ sebagai 'Kuli' yang boleh diberi gaji sesuka hati.
Mohd Ali Asdar @ Supriandy
kini adalah MAFIA penyeludupan Minyak Sawit Mentah (CPO) yang paling digeruni
di Lahad Datu kerana pernah menampar dan mengugut Pengurus Kilang Sawit Ladang
Permai, Punithan Tanashingam pada januari lalu.
Mohd Ali Asdar juga adalah
suspek utama yang mengebom kereta Bekas Pengurus Ladang Permai, Sara, ketika
kereta berkenaan diletakkan di Lorong 1, Sri Perdana betul-betul di hadapan
Cendol Cafe; namun kesnya ditutup begitu sahaja.
Akibatnya, syarikat Mohd Ali
Asdar disenarai hitam di Ladang Permai oleh pemilik ladang berkenaan,
Tradewinds Sedn.Bhd; namun MAFIA paling licik ini menggunakan syarikat lain
untuk menjalankan kerja kontrak di Ladang Permai.
Mengikut siasatan Paparazzi,
Ladang Permai menjadi lokasi utama Mohd Ali Asdar mencipta wang ringgit dalam
masa yang singkat. Modus operandinya amat mudah. Mohd Ali Asdar akan membeli
CPO daripada pemandu lori tangki yang akan mengepam keluar satu hingga dua tan
ke dalam lori tangki milik Mohd Ali Asdar dan mendakwa sebagai tertumpah ketika
dalam perjalanan atau dengan mengisi lebih minyak berkenaan.
Daripada rangkaian pemandu
yang tidak jujur dan pecah amanah ini, Mohd Ali Asdar berjaya 'merompak' tidak
kurang 100 metrik tan CPO sebulan dengan menggunakan tiga buah lori tangki yang
KALIS serbuan JPJ dan Polis Peronda.
Malah agak memeranjatkan
kerana Lembaga Pelesenan Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga gagal menghalang
kegiatan haram Mohd Ali Asdar menjual CPO di pasaran gelap.
Walaupun baru berusia 34
tahun, berbanding umur dalam MyKad Supriandy, 37 tahun, namun Mohd Ali Asdar
mampu menjinakkan Pegawai Polis Jenayah Komersil agar tidak mengambil tindakan
terhadapnya sekalipun berpuluh fail siasatan dibuka terhadapnya.
Persoalannya, apakah Ketua
Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsuddin Mat dan para pegawai kanan
polis seperti Inspektor Shahrulzaman (Jenayah Komersil); Inspektor Rony (Trafik
dan Ketenteraman Awam); Inspektor Mutalib dan Inspektor Josephine (Jabatan
Siasatan Jenayah) turut berada dalam genggaman Mohd Ali Asdar?
Jika tidak, kenapa 11 laporan
polis yang telah dibuka fail oleh JSJ masih belum disiasat? Apakah kerana Asdar
mempunyai banyak wang, maka kesemua Pegawai Kanan Polis berada di bawah
gengamannya; bersubahat dan hidup mewah berkongsi harta curi?
Kes jenayah terbaru Mohd Ali
Asdar ialah ugutan bunuh terhadap bapa mertuanya, namun sudah pasti akan
dilengahkan kerana polis masih belum menjalankan siasatan; sekalipun laporan sudah
dibuat pada 15 Januari 2013.
Hasil kegiatan haramnya,
sehingga ke hari ini, Mohd Ali Asdar sudah mempunyai Bengkel Larik atas nama 'Afford
Properties' yang terletak di Batu 5, Jalan Tengah Nipah yang bernilai lebih RM1
juta.
Hasil siasatan Paparazzi,
Mohd Ali juga memiliki 2 buah lori tangki; sebuah kereta mewah Fair Lady; dua
buah Vigo D/Cab Hilux; 2 buah Hilux
singel cab dan tiga buah lori tiga tan bagi mengangkut minyak curi CPO.
Setiap hari, Mohd Ali Asdar
berjaya menjual minyak CPO yang dicuri di pasaran gelap bernilai lebih RM10,000.
Sebagai MAFIA ternama di
Lahad Datu, Mohd Ali Asdar bukan sahaja mampu hidup mewah, malah meninggikan
egonya dengan memborong semua nombor 7337 atau sinonim sebagai nombor
pendaftaran semua kenderaan miliknya.
Berikut ialah nombor kenderaan
milik Mohd Ali Asdar iaitu SD7337J & LD7337 (VIGO Hilux D/Cab); SB7337B (Fair
Lady); SD7337A (Lori Isuzu Pick Up); SAB7337B (Motor Skuter); SD7337F (Singel
Cab Hilux); SD7377J (Singel Cab Hilux); SD3737H (Motorsikal EX 5); SD3377C (Nissan
Lori Tanker); SD3377E (Nissan Lori Tanker); SAA6530B (Tanker) dan SD3773H (Tanker).
Mungkinkah Panel RCI
berminat untuk mengetahui siapakah Pegawai Pencen yang membantu Mohd Ali Asdar
mendapatkan MyKad dan menukar data di dalam Sijil Lahir sehingga mendapat taraf
warganegara Malaysia?
Daripada siasatan Paparazzi,
ramai pemandu lori tangki CPO semakin takut untuk bekerja kerana dipaksa Mohd
Ali Asdar untuk mencuri minyak daripada syarikat mereka sekalipun hasil curi
berkenaan akan dibahagi tiga iaitu pemandu, pekerja kilang dan juga Mohd Ali Asdar
sendiri.
Mereka mengharapkan agar
Polis Bukit Aman turun padang ke Lahad Datu bagi menghentikan kegiatan haram
ini dan melepaskan mereka daripada gengaman Mohd Ali Asdar kerana tidak yakin Polis
Lahad Datu mampu melakukan pendakwaan; malah terus tersenyum (simbol kemasukan)
jika ada laporan dibuat terhadap Mohd
Ali Asdar!
sory la penulis bukan nak mengata tapi cuma nak bagi tahu je, kalau la kate polis dan JPJ ni makan rasuah mane buktinya?? mane gambar die orang tengah terima duit rasuah?? setakat tulis macam ni semua orang boleh tulis. Penulis buku dongeng pon boleh karang macam ni....
ReplyDelete