INDAH.....Kg.
Iburu, Sipitang Perkampungan yang cukup indah tetapi menyembunyikan seribu
rahsia yang belum terungkap di mahkamah!
Saudara Pengarang,
WALAUPUN perkampungan yang
indah, permai, tenang dan masih kaya dengan sumber alam sekeliling, namun kini
sedang berdepan dengan sikap pihak kerajaan yang tidak mengiktiraf dan tidak
menghormati hak pemilikan tanah menurut adat (NCR) sepertimana dinyatakan dalam
perundangan Negeri, Perlembagaan Persekutuan dan Common Law!
Kawasan tumpah darah
nenek-moyang yang kini dikatakan Hutan Simpan akan bakal bertukar wajah kepada
Geran Komunal! Mampukah kampung ini bertahan?...
Kaedah pemberimilikan dan
pengurusan Geran Komunal yang diamalkan setakat ini adalah Menghapus Hak Milik
Adat (NCR) dan bercanggah dengan sifat-sifat / prinsip-prinsip Tanah Adat
(NCR).
GALUS AHTOI
Pacos Trust
No comments:
Post a Comment