SEMANGAT....216
orang pemilik tanah melaungkan kami mahu hak kami dikembalikan dan pecat Osman
Jamal kerana mencemarkan nama baik Ketua Menteri dan kerajaan BN.
Oleh : SAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Sesi Sidang Media
Tuntutan Tanah Koyah A Fasa I-II & III Kinabatangan (Skim Pekebun
Kecil) Memorandum Mahkamah yang diadakan di Ballroom Sandakan Hotel, kelmarin
yang bermula dari jam 10 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang telah dihadiri
seramai 216 orang yang terdiri daripada para pemilik tanah terbabit.
Puan Aisah Ahmad yang
dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang bagi mengendalikan kes tuntutan ke atas
tanah tersebut kepada kerajaan khususnya Jabatan Tanah dan Ukur Sabah; telah
membentangkan satu memorandum yang bertajuk “Penyelesaian Terhadap Tuntutan
Tanah Koyah A Fasa I, II & III Kinabatangan di bawah Skim Pekebun Kecil
yang akan dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Muasa Hj Aman.
Menurut Aisah, tujuan
menghantar memorandum tersebut kepada kedua-dua
pemimpi tertinggi kerajaan Barisan Nasional (BN) sama ada peringkat
persekutuan mahupun peringkat Negeri itu setebal 17 muka adalah untuk
mendedahkan tingkah laku jenayah terancang pihak Jabatan Tanah dan UkurSabah
yang diketuai oleh Osman Jamal.
Jabatan Tanah kata Aisah,
bukan saja gagal menyelesaikan kes tuntutan tanah 400 orang pemilik benefisiari
tanah Skim Pekebun Kecil yang sekian lama menjadi mangsa penipuan; bahkan Osman
Jamal terlalu memperlekehkan dan banyak karenah untuk membuat sebarang
keputusan yang tepat.
Berikut petikan sebahagian
isi kandungan Memorandum
Mahkamah yang dibentangkan di Sidang
Media oleh Aisah Ahmad yang dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang yang mewakili 216 orang atas status kapasiti
individu.
Latar Belakang Kes:
Kerajaan Negeri Sabah telah
meluluskan permohonan bagi 400 pemilik di bawah Skim Pekebun Kecil yang mana
secara purata minimum seorang pemilik mendapat keluasan 12 ekar dan maksimum 16
ekar.
Geran-geran deraf telah
dikeluaran pada tahun 1998 namun pihak Jabatan Tanah dan Ukur Kinabatagan
(selepas ini dirujuk sebagai JTUK) tidak pernah memaklumkan kepada
pemilik-pemilik dengan mengikut peraturan yang sedia ada.
Surat tawaran dan deraf
geran sepatutnya diberi kepada para pemilik
sebelum geran akhir (Final Title) dikeluarkan bagi mengemaskinikan butiran diri, bagi membuat sebarang bayaran
yang berkaitan dan mengesahan penerimaan tawaran.
MEMORANDUM....Aisah
membentangkan Memorandum Mahkamah kepada 216 orang pemilik tanah terbabit di
sesi Majlis Sidang Media.
HADIR....Seramai
216 orang pemilik tanah terbabit begitu khusyuk mendengar keterangan mengenai
kes tanah tersebut.
Sehingga tahun 1999 pihak
tertentu (bukan JTUK) telah melakukan penipuan terhadap sebahagian pemilik
untuk berkumpul bagi menerima wang berjumlahRM1,500; kononnya sebagai imbuhan
dari pelbagai alasan yang diberi antaranya wang pendahuluan hasil tanah, wang pendahuluan hasil kayu balak, duit raya
dan wang parti.
Pada masa yang sama,
sebahagian para pemilik yang hadir diminta menandatangani kerta kosong dan
kertas yang telah siap bertaip dengan ini kandungan yang tidak difahami oleh
kerana ayat-ayat dalam kandungan surat tersebut menggunakan Bahasa Inggeris.
Malangnya, mereka
dimaklumkan bahawa geran-geran tersebut telah dibatalkan sementara JTUK menjelaskan
bahawa pemilik-pemilik sendiri melalui surat mereka kepada Pengarah Tanah dan
Ukur, Kota Kinabalu telah
membatalkan dan menyerahkan semula geran mereka (surrender title) kepada
kerajaan Negeri serta bersetuju kawasan tanah tersebut diserahkan kepada
Syarikat Bagus Maju Bhd untuk membuka ladang kelapa sawit.
Dalam surat tersebut
juga dinyatakan bahawa dengan penyerahan geran tersebut pemilik akan diberikan saham (share Holder) oleh Bagus Maju Sdn. Bhd.
JTUK mengesahkan pembatalan
dan penyerahan geran tersebut dibuat melalui surat pemilik-pemilik sendiri dan
Surat Kuasa atau Power Attorney (selepas dirujuk sebagai PA) di atas nama
Abdullah bin Japar [No: K/P 600312-12-6163] dan Kwan Ngen Wah [No: K/P
580222-12-5049] yang mana mendapat kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan
Ukur Kota Kinabalu (selepas dirujuk sebagai JTUK)
Memorandum ini selebihnya
akan disambung sebaik saja pendedahan
awal ini disiarkan di Sabahkini.Net kita akan menyusul keterangan selanjutnya,”
kata Aisah.
"Satu lagi perkara yang
saya ingin luahkan agar para pemimpin Negeri terutama sekali Ketua Menteri
Sabah dan para Jemaah Hakim yang arif di Sabah dapat mengetahui perilaku Osman
Jamal sebagai Pengarah Tanah dan Ukur kerana segala percakapannya telah saya
rakam," ujar Aisah yang mengejutkan para pekebun kecil dan wartawan.
Kata Aisah, semasa
perjumpaan beliau dengan Osman Jamal di Kota Kinabalu baru-baru ini, Osman
bukan saja mencerca beliau sebagai seorang peguam yang mempunyai dan memegang
Ijazah Undang-undang; malah semasa
perbincangan antara saya dengannya, Osman Jamal berkata;
“Aisah kenapa mahu sibuk-sibuk membuang masa untuk
menguruskan kes tanah di Koyah A.
Lagipun kes ini walaupun dibawa ke pihak pengadilan pastinya tetap kalah sebab
semua peguam dan termasuk Hakim di Sabah boleh dibeli dengan wang ringgit
untuk tidak membela kes ini,” kata Aisah
yang akan menyerahkan rakaman percakapan Osman Jamal untuk disiarkan
SabahkiniTV.
"Saya berpendapat,
Osman Jamal sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah menghina bukan
saja terhadap profesyen kehakiman, bahkan menghina semua penguam bela dan
peguam cara yang ada di Sabah kerana
dengan mudah dibeli untuk membatalkan satu-satu kes," kata Aisah
yang menegaskan bahawa pandangan Osman Jamal boleh ditakrifkan bahawa Mahkamah
di Sabah adalah 'Mahkamah Kangaroo'.
Tambah Aisah, percakapan
Osman Jamal ini adalah satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan dan Kerajaan
BN harus mengambil tindakan tegas terhadap Pengarah JTU.
"Dengan mengeluarkan
kata-kata tersebut, Osman Jamal telah menghiris hati sanubari pada Hakim di
Sabah, seolah-olah para hakim di Sabah tidak beretika dalam
menjalankan khidmat mereka dalam
bidang keadilan dan kehakiman,” jelas Aisah yang terlalu jengkel dengan sikap
keangkuhan dan kesimbongan Osman Jamal yang tidak sedari diri siapa dan dan
dari mana asal usulnya.
No comments:
Post a Comment