SEORANG GURU, Cikgu Murni
(Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru
ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak,
Abu?"
Lalu Abu menjawab,
"Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR
dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama
juga!".
Cikgu Murni sudah tidak
tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat Guru Besar. Sementara Abu menunggu di ruang
tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada Guru Besar.
Guru Besar mengatakan yang
dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus
kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Guru Besar
dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang
akan diberikan.
Guru Besar : Apa jawapan 3 x
3?
Abu: 9
Guru Besar : Apa jawapan 6 x
6?
Abu: 36
Guru Besar terus bertanyakan
soalan-soalan berdasarkan tahap pencapaian murid UPSR dan Abu mampu menjawab setiap
soalan yang diberikan.
Lalu Guru Besar memandang
Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah
6", Lalu Cikgu Murni berkata pada Guru Besar, "Saya ada soalan saya
sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Guru Besar dan Abu bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu
ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di
dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang
bermula dengan huruf 'K' akhir dengan 'A', iaberbulu, berbentuk oval, nyaman
dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang
masuk keras dan berwarna 'pink', bila keluar lembik dan melekit?
Mata Guru Besar terbuka luas
dan sebelum sempat dia menahan, Abu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah
(Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka
lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga
kaki?
Mata Guru Besar sekali lagi
terbuka sangat-sangat luas dan sebelum dia sempat hendak menahan Abu terus
menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang
saya akan ajukan soalan siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan
batang ke dalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum
awak.
Guru Besar kelihatan resah
dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki
saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan
mendapat saya dahulu.
Guru Besar semakin resah dan
tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada
bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar,
banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi Guru Besar rasa
amat resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah,
tapi Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang
yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya
akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word
starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word
starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your
hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that
all men have one of.
It's longer on some men than
on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they
are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of
the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart
Guru Besar menghembuskan
nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh Abu, lantas berkata
"Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan
semuanya salah".
(NOTA : Jika jawapan anda
semua salah, anda adalah sama spesies dengan Guru Besar yang mempunyai otak dan
pemikiran kuning)
No comments:
Post a Comment