HEBAT.....Sultan
Jamalul Kiram III (duduk), Sultan Esmail Kiram II (bersongkok kelabu). Mereka
ini adalah anak-anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat diri jadi Sultan Sulu. Walau pun setiap mereka mengangkat diri jadi Sultan Sulu, namun
mereka nampak akrab walhal dalam Protokol Kenaikan Sultan Sulu tidak
membenarkan dua sultan dalam satu masa.
Oleh : DZULASREE @ ASREE SUG
AKHIR tahun lalu gerakan
Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad
Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada
satu gerakan bersenjata sedang berlatih
dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga
Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.
Sultan Bantilan II kemudian
mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri
dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah
Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang
tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.
Sultan Bantilan II juga
menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana
agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata.
Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera kerana menurut pandangan
Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk
sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).
Tiga hari sebelum pihak
bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo
mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat
dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.
Menurut laporan dari
Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana
menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang
bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia
yang serba lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di
Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main di belakang
mereka.
Kemudian beberapa hari
kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai
dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas
malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus
berkubu.
Menurut laporan dalam
kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju
celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki
kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu.
Namun menurut Sultan
Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi
berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk
mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang
berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.
Lahad Datu tiba-tiba kecoh
bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang
seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan
pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang
berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat.
Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang.
Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.
Ada laporan sebahagian
mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF.
Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan
ketua.
Menurut saksi mata yang
telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka
seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti
tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia.
Rambut sebahagian mereka
panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalah
secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan-bulan malah mungkin
bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan
diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.
Malaysia nampaknya panik
seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat
sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri
untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong
BN.
Ada pula spekulasi yang
menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. Ada
yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak
di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang
katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan Abu Sayyaf kerana
marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu.
Ada juga yang kata ia
dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi
menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.
Akhirnya bocor rahsia
setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera
KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik.
Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa
sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar
LEVI'S 501.
Yang lebih pelik kedengaran
janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia
dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan
melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti
mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.
Nyata sekali mereka adalah
perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka
yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana
bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar
mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan
buntal.
Mereka berkata, kalau
Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH
BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan
ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka
secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan
gagal.
ARAHAN....Sultan
Jamalul Kiram III Bin Datu Punjungan sedang memberikan arahan kepada tenteranya
yang masuk ceroboh Sabah supaya bertahan kerana Malaysia akan tetap memberikan
mereka makanan.
Sultan Bantilan II di Jolo
sebagai Ketua Gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru
saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa
bertindak dengan menghimpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja
memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini.
Malaysia harus bertindak
dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu
semakin mendapat tempat. Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat
menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan
Sulu yang selamanya melakukan kesilapan.
Namun sekurang-kurangnya
tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah
tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.
Keluarga Kiram sangat
terancam dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dijalankan oleh
Sultan Bantilan II di kepulauan Sulu saat ini.
Perarakan demi perarakan
secara aman oleh rakyat SSDI selama 6 tahun sehingga kini menjadikan keluarga
KIRAM perlu "Do Something". kerana menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu
adalah milik keluarganya, bukan milik kerajaan SULU yang mana ia bukan milik
pribadi mana-mana Datu pun melainkan ia hak rakyat Sulu secara keseluruhan.
KIRAM tidak pernah belajar
dari kesilapannya yang lalu. Mereka sangat ketinggalan dari pengetahuan sejarah
sekali pun generasi muda Tausug sudah berjaya menulis pelbagai buku sejarah
Sulu.
BERARAK....
Rakyat Sultan Bantilan II membanjiri bandar Jolo ketika perarakan besar-besaran
beberapa tahun yang lalu.
No comments:
Post a Comment