Saudara Pengarang,
Di SEKOLAH inilah tempat
kami mendidik anak-anak Sulu ini belajar membaca, menulis, mengira, memahami
erti kehidupan, erti keamanan, erti perpaduan, erti persaudaraan sesama insan
dan apatah lagi sebagai seagama ISLAM.
Tatkala anak-anak Sulu
bergaduh, guru tolong amankan, mereka sakit guru tolong bawakan ke hospital, mereka
luka guru tolong balut dan rawatkan, mereka menangis guru tolong pujuk dan
berikan senyuman. Mereka lapar dan mau pengsan, guru tolong belikan sarapan dan
makanan ke kantin walau mahal tidak pernah berkira.
Persoalannya kenapa sekarang
ini wahai kaum Sulu, tergamak sungguh kamu penggal leher perwira yang isterinya
seagama, sedarah dan sebangsa denganmu?
Wahai Sulu, tergamamnya kamu
mengerat-ngerat mereka walhal isteri dan anak-anak mereka itu adalah guru
kepada anak-anak kamu, wahai Sulu; tergamak kamu menembak anggota keselamatan
yang bertanggungjawab menjaga sanak saudara, anak-anak dan kaum kerabat kamu
tatkala kamu bermandi darah akan darah pahlawan yang kamu tumpahkan kini.
Wahai Sulu, hentikanlah
amukan amarah kamu itu, kerana keberanian, kejagoan dan keperwiraan kamu itu
sepatutnya disalurkan untuk menyerang seteru utama kamu di Filipina.
Jesteru kenapa gara-gara
tanah sekengkang kera ini kamu menjadi pembunuh di mata Allah yang satu? Tidakkah
kamu takut akan balasan Allah yang akan mengazabkan kamu di alam akhirat nanti?
Sulu oh Sulu! Jangan sampai
peribahasa dulu-dulu menjadi simbol ke atas kamu (lurus sahaja akal orang Sulu,
kalau ekor anjing itu menjadi lurus). Saya percaya kamu semua bukan begitu
kerana saya sendiri ada sahabat Sulu yang sejati, menangis bersama ketawa
bersama, cukup pemurah; baik hatinya dan luhur budi pekertinya.
Tolonglah hentikan kezaliman
kamu. Kami warga Pendidik di sini sudah tidak sabar-sabar untuk menjalankan
amanah yang tergalas di atas nama kami sebagai seorang GURU (MASTAL) untuk
mendidik anak bangsa.
MAGSUKUL,
ayau nahkam bihan bah brad mattuhnah kamu muih. Ayau nah kamu mag sabil biaaa
ini sibbuh nah kita agam Islammmm ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU
AKBAR!
Salam Hormat,
GURU BANGSA
peribahasa Melayu ada mengatakan "...umpama melepaskan anjing tersepit.."
ReplyDelete