SETIAP tahun 8 Mac 2013 di
sambut Hari Wanita Sedunia atau International Woman’s day.Hari Wanita adalah
hari bagi menghargai sumbangan dan pencapaian wanita di seluruh dunia.
Kalau kita lihat dari
sejarah sebelum wujudnya Hari Wanita Sedunia ini, wanita asalnya berjuang untuk
untuk mendapatkan hak yang sama seperti lelaki dalam masyarakat, politik,
ekonomi dan sosial. Mereka juga berjuang menentang diskriminasi terhadap
wanita.
Menurut Timbalan Ketua
Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) Afidah Bujang, pada
tahun lepas, disebabkan jenayah ke atas wanita semakin hari semakin meningkat,
contohnya jenayah rogol gadis beramai-ramai yang berlaku di India dan
negara-negara lain,
Maka, tema Hari Wanita
Sedunia pada tahun 2013 adalah ” A promise is a promise: Time for action to end
violence against women.”
Mengikut fakta dari United
Nations:
- Hampir 50 peratus
keganasan seksual berlaku ke atas wanita atau gadis di bawah umur 16 tahun.
- Secara global, 603 juta
wanita tinggal di negara yang masih tidak mengiktiraf Domestic violence atau
keganasan domestik sebagai jenayah.
- Hampir 70 peratus wanita
di dunia ini pernah mengalami gangguan atau keganasan seksual pada satu masa
dalam hidupnya. Inilah masanya wanita
dan semua komuniti masyarakat bangun dan menyerlah untuk menentang keganasan
dan diskriminasi ke atas wanita.
Namun demikian, pada masa
yang sama gejala sosial seperti penderaan, penindasan, keganasan, penipuan dan
ketidakadilan terhadap wanita serta kanak-kanak terus berlaku dengan meluasnya.
Tidak kurang juga mereka yang berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi yang
turut terjebak di dalam gejala-gejala ini.
Keadaan ini memberi gambaran
bahawa kemajuan dan kejayaan material yang dicapai oleh kaum wanita masa kini
yang tidak disertai dengan pembangunan spiritual tidak dapat menjamin dan tidak
berupaya untuk melindungi diri mereka khususnya dan ahli masyarakat amnya dari
segala bentuk ketidakadilan dan kekejaman.
Walaupun wanita telah maju
dari sudut pendidikan tetapi dalam banyak hal masih banyak indeks kesejahteraan
wanita yang lemah. Sekali gus ini menunjukkan bahawa perjuangan wanita yang
hanya menekankan kesaksamaan gender di dalam semua bidang semata-mata
berdasarkan pencapaian material, bagi meningkatkan martabat wanita dan mencapai
keadilan tidak mencukupi untuk menjadi penyelesaiaan menyeluruh kepada isu yang
dihadapi oleh wanita masa kini; terutamanya ibu-ibu yang bekerja mahupun suri
rumah di seluruh negeri katanya.
Justeru, sempena Hari Wanita
2013, marilah kita, tidak kira wanita ataupun lelaki membantu mereleasasikan
pelaksanaan langkah-langkah yang membantu para ibu yang bekerjaya. Kerana
dedikasi serta semangat jatidiri yang ditonjolkan bukan sahaja sebagai seorang
ibu dan isteri, tetapi selaku pendukung aspirasi politik dan ekonomi negara.
Menurut Afidah,
PRIBUMI’S melalui sayap Wanitanya turut
berasa bangga dan menyokong penuh usaha serta hasrat gerakan wanita di Malaysia
yang tidak pernah gentar dan mengalah dalam memperjuangkan kesaksamaan gender
dan hak wanita terutama dalam mempertabatkan kaum wanita di negeri ini.
PRIBUMI’S akan bekerjasama
dengan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dalam merangka strategi ke arah
mewujudkan dasar atau program yang dapat membantu wanita terutamanya ibu-ibu yang
bekerja mahupun suri rumah di seluruh negeri katanya. (Media PRIBUMIS)
No comments:
Post a Comment