TAKLIMAT....V.K
Liew sedang diberi taklimat mengenai tahap keselamatan di Sandakan yang
disampaikan oleh Kepten Alias Baharudin.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S
JUMADI
SANDAKAN : Rakyat di negara
ini harus menghargai sumbangan dan pengorbanan pihak pasukan keselamatan sama
ada PDRM dan juga Tentara yang menjaga keamanan di sempadan dan diperbatasan
terutama sekali di perairan Lahad Datu, Kunak dan Semporna.
Mereka mempertarungkan dan
menggadaikan nyawa mereka semata-mata mempertahankan kedaulatan negara daripada
terus diceroboh oleh pengganas dari
Filipina yang kononnya untuk menuntut Sabah.
Timbalan Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata demikian kepada Sabahkini.Net
sejurus selepas memberikan sumbangan berupa makanan kepada Anggota TLDM yang
diadakan di perkarangan KD Sri Sandakan, kelmarin.
Katanya pengorbanan angkatan
tentera dan polis bagi mempertahakan negara dan menjaga keselamatan rakyat
jangan diperlekehkan. Kita harus menghargai dan berterima kasih kepada tugasan
mereka yang sentiasa berdepan dengan musuh yang tidak diundang dan di luar
jangkaan itu.
“Sekali lagi saya ingatkan
rakyat di Sabah khususnya di Sandakan tidak harus merasa takut dan jangan
mendengar khabar-khabar angin kerana di perairan dari Sandakan hingga ke Kudat
telah dikawal ketat dan rapi. Di mana saja sudut dan teluk, terdapat kapal
perang Navy membuat kawalan di tempat-tempat tertentu,” tegas V.K Liew.
Ditanya mengenai pembangkang
yang tidak mengendahkan langsung tragedi di Lahad Datu walaupun telah
mengorbankan 10 orang anggota keselamatan, namun masih dianggap remeh dan
sandiwara.
SUMBANGAN...Pegawai
Pemerintah KD Sri Sandakan Kepten Alias Baharudin menerima sumbangan yang
disampaikan oleh ADR Sandakan V.K Liew.
V.K Liew merasa amat kecewa
terhadap perilaku ketua-ketua pembangkang sama ada PKR, DAP dan PAS kerana tiada satupun daripada mereka mengirim
atau merakamkan ucapan Takziah kepada para keluarga dan balu-balu mangsa
korban atau mengajak ahli-ahlinya yang bergama Islam untuk bersolat Hajat di masjid; mahu pun di Surau bagi memohon
kepada Tuhan agar para perajurit yang kini berada di perbatasan dilindungi oleh
Tuhan.
“Seolah-olah tragedi di
Lahad Datu dan Semporna hanya satu gurauan saja kepada mereka. Sedikitpun tiada
rasa simpati dan belas kasihan terhadap
para isteri yang telah kehilangan suami mereka; kepada para ibubapa yang telah
kehilangan anak tersayang; kepada anak-anak mereka yang masih kecil sudah
kehilangan bapa buat selama-lamanya kerana berjuang bagi mempertahankan negara
dan rakyat di Sabah,” ujarnya.
Malahan tambah V.K Liew, mereka menyifatkan insiden yang bergolak di
Lahad Datu sebagai sandiwara seperti yang dicetuskan oleh Naib Presiden PKR,
Tian Chua sehingga menimbulkan kemarahan dan kutukan habis-habisan terhadap
rakyat di seluruh negara ini.
No comments:
Post a Comment