PETALING JAYA: Kesultanan
Sulu tidak boleh mengembalikan sejarah dengan menuntut Sabah, kata pakar
sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
Menurutnya jika keadaan itu
digunapakai, maka Singapura harus dikembalikan kepada Johor dan Pulau Pinang
kepada Kedah.
"Tuntutan mereka
(Kesultanan Sulu) adalah sukar dipenuhi berdasarkan apa yang sudah dipersetujui
sejak sekian lama...ia tidak boleh diubah.
"Malah jika perkara ini
dibawa ke Mahkamah Antarabangsa, Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik
untuk menang kerana Sabah telah menjadi sebahagian daripada negara ini untuk
masa yang lama," katanya.
Selain itu menurut Khoo,
walaupun pada asalnya Sabah adalah sebahagian daripada Sulu, namun Syarikat
Borneo Utara British telah mengambil alih hak pengurusan Borneo Utara yang kini
dikenali sebagai Sabah pada 1882.
Bagaimanapun katanya,
transmigrasi warga Filipina ke Sabah berlaku secara berterusan kerana mereka
merasakan masih mempunyai hak di wilayah itu walaupun pihak berkuasa Malaysia
menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin.
"Saya terkejut mengapa
kali ini mereka menggunakan senjata," katanya.
Selain itu itu Pengarah
Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura, Prof Kamarulnizam Abdullah
berkata Kesultanan Sulu perlu menghormati perjanjian terdahulu di mana mereka
menyerahkan wilayah tersebut kepada kuasa penjajah.
"Kami telah mewarisi
perjanjian yang dibuat pada masa lalu," katanya. (mSTAR)
No comments:
Post a Comment