Friday 3 February 2012

15 GRADUAN DITIPU NASIR YEO

Oleh : HAFIZ JAMAIL

NASIR Yeo Guan Hock adalah rakyat Malaysia paling bertuah kerana sekalipun diisytiharkan muflis, tetapi masih berpeluang menjadi Pengarah Urusan Sabah International Dairies Sdn.Bhd; berbanding 15 graduan yang dipelawa menyertai latihan untuk bekerja di Best International Hotel, Sandakan.

Kesemua 15 graduan ini yang datangnya dari seluruh pelusuk Sabah akhirnya menyedari mereka tertipu apabila Best International Hotel yang turut dimiliki oleh Nasir Yeo tidak membayar gaji dan elaun mereka sejak lima bulan lalu.

15 orang belia tersebut telah diambil bekerja dan memulakan latihan pada awal Oktober 2011, namun sehingga 31 Januari 2012, mereka belum dibayar gaji.

Menurut temuramah Wartawan Sabahkini.net pada petang kelmarin, mereka telah melaporkan hal ini kepada Jabatan Buruh Cawangan Sandakan, namun Jabatan berkenaan hanya melengah-lengahkan kes mereka dan meminta mereka menunggu kerana kes tersebut akan dibawa ke Mahkamah Perusahaan yang entahkan bila akan bersidang.

Sabahkini.net mengesan syarikat Best International Hotel yang akan beroperasi di tanah milik Majlis Perbandaran Sandakan di bekas tapak Kampung Bumiputera BDC telah berhutang sejumlah RM200,500 kepada15 graduan yang telah membuat aduan kepadaJabatan Buruh.

Kesemua 15 graduan berkenaan dijanjikan gaji bulanan antara RM1,700 sehingga RM5,000 sebulan, namun belum pernah menerima gaji sejak mereka direkrut.

Best International Hotel didakwa berhutang kepada 15 graduan tersebut masing-masing Ket Sun (RM15,000); Rozi (RM16,000); Kipli (RM16,500); Kasrin (RM9,000); Hafiz (RM14,000); Marlan (RM11,500); Md Faizal (RM10,000); Mahlisa (RM10,000); Buriman (RM10,000); Shuadarsan (RM20,000); Rizuan (RM8,500); Vianne (RM10,000); Saddam (RM18,000); Jamrin (RM10,000) dan Hafidz Azrul (RM25,000).

Kesemua belia ini adalah lepasan Universiti dan seorang daripada mereka, Hafidz Azrul adalah bekas Juruterbang Mas Wing yang terpaksa berhenti kerja kerana di janjikan akan direkrut masuk ke AirAsia oleh C.E.O BEST INTERNATIONAL iaitu Kamrul Bharin Osman yang kini sudah melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, menurut Peguam Nasir Yeo, anak guamnya enggan bertanggung jawab kerana kononnya telah membayar kesemua gaji 15 graduan berkenaan kepada Kamarul.

Mungkin agak mengejutkan kerana sewajarnya bayaran gaji para pelatih ini disalurkan ke akaun bank mereka atau dibayar melalui Jabatan Perakaunan Best International Hotel dan bukannya diserahkan secara lumpsum kepada Kamarul.

Tuntutan gaji berkenaan tidak termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Perkeso serta insuran dan pelbagai insentif yang dijanjikan Best International Hotel.

Percubaan mereka untuk mneghubungi Kamarul melalui telefon dan email juga tidak berhasil.

Sehubungan itu, 15 graduan berkenaan akan menemui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam waktu terdekat dan akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia yang akan mengadakan lawatan rasmi ke Sabah pada 16 Februari ini sebelum mengambil tindakan lanjut.

1 comment:

  1. i know the kamarul guy.was my ex boss.a scumbag of epic proportion.he's a conman in disguise.this guy has many personal issues, yet he's still on the loose.something has to be done.has wives in philippines n 2 in KL alone.

    ReplyDelete