Friday, 3 February 2012

SKANDAL BAJA HARAM, PKR BUAT LAPORAN SPRM



Oleh : MUTALIB M.D

SKANDAL BAJA HARAM LAHAD DATU


PARTI Keadilan Rakyat Sabah (PKR) sebentar tadi membuat laporan untuk tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Balai Polis Kunak berhubung Skandal Pengangkutan Baja Dan Gudang Baja Haram di Lahad Datu.

Timbalan Ketua Penerangan AMK PKR Sabah, Citra Masadi yang menghubungi Sabahkini.net selepas membuat laporan polis sekitar jam 11.50 malam tadi di Balai Polis Kunak dan terpaksa menunggu lebih kurang satu jam sebelum mendapat nombor laporan polis.

"Kita memandang serius pendedahan yang dibuat oleh SabahkiniTV melalui portal Sabahkini.net dan laman Youtube berhubung Skandal berkenaan dan kita percaya memang berlaku amalan rasuah disemua peringkat dan adalah menjadi tanggung jawab kita untuk membuat laporan," kata Citra.

Menurut Citra, memandangkan di Kunak tidak ada pejabat SPRM, maka beliau terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kunak dan adalah menjadi tugas polis menerima dan menyampaikan laporan berkenaan kepada SPRM.

Berikut adalah isi kandungan laporan polis yang dibuat Citra bernombor KNK/RPT/290/2012 yang berbunyi;

"Pada 2 Februari, lebih kurang jam 8.30 malam, saya menonton videoklip bertajuk 'Polis Dan JPJ Perompak Di Jalanraya' dari laman web Sabahkini.net dan Youtube. Saya memandang serius dengan pendedahan yang dibuat dan datang ke balai membuat laporan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan menangkap Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Pegawai Daerah Lahad Datu, Ketua Pegawai JPJ Lahad Datu dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sabah kerana gagal mengambil tindakan terhadap lori hantu pengangkut baja dan kewujudan gudang baja haram milik Teck Guan di Jalan Segama dan semua gudang baja haram di Jalan Tengah Nipah Lahad Datu sehingga menyebabkan pencemaran jalan dan alam sekitar kerana dipercayai berlaku amalan rasuah. Laporan juga dibuat terhadap Puspakom Lahad Datu kerana bersubahat mengesahkan lori hantu diperiksa dan selamat berada di atas jalan raya sedangkan mereka tidak membuat sebarang pemeriksaan."

No comments:

Post a Comment