Wednesday 15 February 2012

JK KHAS PENYELARAS PROJEK TENOM

HARMONI.... Radin (kiri), Siriman (tengah) Rubin dan Raime menjalani mesyuarat dalam suasana harmoni.

Oleh : THAMPPAREQ KITOES

JAWATANKUASA Khas Penyelarasan Projek-Projek Persekutuan dan Negeri di Tenom kini telah terbentuk dan menetapkan bahawa pada masa akan datang semua cadangan projek pembangunan termasuk pendidikan dan latihan wajib mendapat kelulusan jawatankuasa ini.

Jawatankuasa yang baru dibentuk ekoran saranan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini yang mahu melihat bahawa setiap Pegawai Daerah, termasuk wakil-wakil rakyat turun padang mempastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan di kawasan akar umbi benar-benar menepati sasaran dan diberi keutamaan.

Demikian dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa itu yang juga merupakan Pegawai Daerah Tenom, Siriman MF Basir ketika memberitahu media sejurus selepas mesyuarat itu di Bilik Gerakan Pejabat Daerah.

Hadir sama pada mesyuarat itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Radin Malleh; Adun Kemabong Datuk Rubin Balang; Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi; ADO Kemabong Fredian Gan dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

Siriman berkata, mesyuarat itu turut menekankan masalah kedaifan jalanraya dan juga bekalan air bersih turut menjadi fokus perbincangan kerana kedua-dua tajuk pembangunan tersebut perlu diselesaikan secepat mungkin (kerana) sudah menjadi rungutan rakyat pada setiap masa.

“Bermula dari sekarang, semua permasalahan (rungutan rakyat) jalanraya mahu pun bekalan air hendaklah disalurkan menerusi jawatankuasa ini yang kemudiannya akan menyalurkan ke jabatan yang berkenaan supaya kita dapat monitor perkembangannya,” tegas Siriman MF Basir.

“Insyallah, kita akan turun padang bersama wakil-wakil rakyat memantau permasalahan rakyat dari masa ke semasa supaya tiada lagi akan mendakwa mereka telah terpinggir dari menerima dan menikmati pembangunan kerajaan,” tambah beliau.

Dalam pada itu, kekecewaan tiga wakil rakyat di Tenom turut diluahkan Datuk Rubin Balang terhadap Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jurutera Jabatan Air (JA) di sini yang sering tidak menghadirkan diri ketika mesyuarat penting dijalankan, sebaliknya hanya menghantar wakil mereka.

Rubin menambah, perilaku mereka (Jurutera) bukan sahaja semasa mesyuarat Jawatankuasa itu, namun beberapa mesyuarat lain (sebelum ini) seperti mesyuarat tindakan daerah juga mereka menunjukkan sikap sedemikian rupa yang disifatkannya sebagai bertentangan dengan amalan dan dasar selaku penjawat tinggi awam.

“Kita bukan tidak yakin dengan kebolehan wakil mereka, tetapi mereka harus faham bahawa mesyuarat ini penting dan memerlukan tindakan dan keputusan segera daripada jabatan mereka. Lagi pun, ketidak hadiran mereka menyukarkan kita membincangkan masalah yang penting untuk dilaksanakan,” tegas Rubin.

11 comments:

  1. Diharapkan jawatan kuasa ini boleh membantu memantau setiap projek pembagunan di Tenom untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  2. Setiap jabatan perlulah memastikan keputusan dan tindakan diberikan segera untuk melancarkan lagi operasi mereka.

    ReplyDelete
  3. This committee must endure that the implementation of the projects that the state government is carried out at earnest.

    ReplyDelete
  4. This is to ensure that the benefits of the development are equally enjoyed by all.

    ReplyDelete
  5. JK ini dpt memastikan semua projek2 di Tenom berjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
  6. dengan tertubuhnya JK ini, diharap tiada lagi timbul masalah dalam projek seperti penyelewengan ataupun projek terbengkalai.

    ReplyDelete
  7. Bagus. lepas pembentukan diharap projek2 di Tenom boleh siap dengan jaya.

    ReplyDelete
  8. Bagus kalau macam itu.. Apa-apa kelulusan yang berkaitan dengan projek maka perlulah mendapat kelulusan daripada jawatan kuasa Khas yang telah ditubuhkan ini.

    ReplyDelete
  9. teruskan saja dengan jawatan kuasa itu.. jika jawatankuasa itu berkesan dalam mengawal selia projek2 kerajaan, daerah2 lain juga patut membentuk jawatankuasa seperti ini..

    ReplyDelete
  10. bagi saya ini adalah initiatif terbaik yang wajar mendapat sokongan dari semua pihak di negeri ini..

    ReplyDelete
  11. Beginilah yang bagus. Ada inisiatif, ada alternatif untuk menjadi yang lebih baik.

    ReplyDelete