Thursday 23 February 2012

KD MAHAWANGSA DISERANG?

Oleh: SHAIMON S JUMADI

KEHADIRAN sebuah Kapal perang Angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang merupakan kapal perang terbesar di negara ini yang didatangkan khas dari Lumut, Perak ke Pelabuhan Pangkalan TLDM KD Sri Sandakan; KD Mahawangsa selama 4 hari telah menarik perhatian ramai di kalangan warga Sandakan.

Kapal tersebut yang berlabuh sejak Jumaat lalu dan dibuka kepada orang ramai setiap hari penuh sesak dan tidak putus-putus 'diserang' warga Sandakan yang ingin mengetahui kehebatan KD Mahawangsa dengan lebih dekat lagi.

Malam tadi, satu Majlis Koktel bersama KD 1504 Mahawangsa yang turut dihadiri beberapa orang media termasuk Sabahkini.Net dan juga orang kenamaan, NGO, Pegawai Kanan Kerajaaan Negeri dan Persekutuan merasa gembira kerana bukan sahaja dapat menikmati juadah yang disediakan, malah turut dihiburkan oleh anak-anak kapal KD Mahawangsa dan tariaan kebudayaan khas daripada kumpulan seni tari Sandakan.

Dalam kesibukan melayan para tetamu kehormat, Wartawan Sabahkini.Net yang menjadi perhatian para pegawai TLDM sempat mengadakan sidang media ringkas dengan Kapten Jamil Abdul Rahman berhubung kunjungan KD Mahawangsa ke Sandakan.

“KD Mahawangsa telah dua kali datang ke Sandakan dari Lumut, Perak untuk menghantar lojistik pangkalan di Sabah di samping melaksanakan tugas-tugas rondaan di perairan Sabah,” kata Kapten Jamil.

Katanya lagi, KD Mahawangsa merupakan kapal perang yang terbesar di negara ini yang berfungsi utama sebagai kapal lojistik dan kapal pemerintah yang diperkasakan oleh 165 anggota pelbagai pangkat.

Kapten Jamil menambah, kapal yang sudah berusia 32 tahun ini bukan sahaja bergerak dalam rondaan di perairan dalam negara, bahkan membabitkan perairan antara bangsa untuk menyelamatkan kapal-kapal dagang di Somalia, Indonesia, Ache dan Pakistan di samping misi tugas-tugas penghantaran peralatan logistik pasukan misi pengamanan.

Ditanya mengenai pengalaman yang tidak boleh dilupakannya, Kapten Jamil menjelaskan bahawa pada Oktober 2011, KD Mahawangsa pernah menyelamatkan sebuah kapal dagang milik Malaysia yang dikenali 'MT Nautika Johor' telah dirampas oleh sekumpulan Lanun yang bersenjata ketika belayar di Laut Cina Selatan

“Pada masa kejadian itu, saya dan anggota-anggota yang lain berada di Jerman telah diarah untuk mengetuai satu operasi bagi menyelamatkan dan mengejar kapal tersebut yang berada di perairan Indonesia," kata Kapten Jamil yang memaklumkan mereka mengambil masa hampir 6 jam untuk menawan kembali kapal kargo bernilai RM80 juta dan kargonya (minyak sawit mentah) bernilai RM12 juta; serta 19 orang anak kapal daripada lanun berkenaan.

9 comments:

  1. Harap pemantauan yang lebih tegas akan dijalankan di sekitar perairan negara supaya tidak akan mengulangi insiden seperti ini.

    ReplyDelete
  2. Hopefully with events such as this will bridge an understanding to the public on the roles as well as contribution of our Royal Navy in defense of our seaways.

    ReplyDelete
  3. This event too will showcase the contemporary advancement of technology that is being utilize by the Royal Navy in their day to day task

    ReplyDelete
  4. KD Mahawangsa adalah kapal perang yang hebat. ia byk memainkan peranan dalam menjaga perairan negara kita.

    ReplyDelete
  5. cakap saja ba KD Mahawangsa menerima kunjungan ramai warga sandakan.. bukannya diserang..

    ReplyDelete
  6. Malaysia perlu sentiasa mengemaskini teknologi ketenteraan mereka.. lagi bagus jika Malaysia membuka sendiri pusat pembinaan jentera perang/ketenteraan supaya lebih mudah melakukan penyelenggaraan dan dapat menjimatkan kos..

    ReplyDelete
  7. Teruskan menjaga perairan Negara kita dari ancaman musuh seperti lanun dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perairan kita harus sentiasa dikawal ketat supaya pelawat2 yang tidak dijemput tidak mudah ceroboh masuk. Begitu juga dengan sempadan.

      Delete
  8. KD Mahawangsa has contributed a lot.

    ReplyDelete