Friday 10 February 2012

LAPORAN AUDIT IKUT STANDARD ANTARABANGSA



JABATAN Audit Negara menjalankan kerja pengauditan bagi semua jabatan serta agensi secara profesional mengikut standard kualiti antarabangsa tanpa bersikap prejudis terhadap mana-mana pihak, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Beliau berkata juruaudit di bawah institusi yang berusia kira-kira 100 tahun itu diyakini melaksanakan tugas berdasarkan standard latihan yang tinggi selain kualiti kerja yang boleh dipertahankan.

"Saya yakin kami tidak terkeliru dengan apa yang kita cakap kerana institusi audit ini sudah 100 tahun. Kita ada standard dan kita yakin dengan apa yang kita cakap di atas mementingkan kebenaran berdasarkan pemeriksaan fakta dan dokumen yang disemak," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Jawatankuasa Asean Supreme Audit Institution (ASEANSAI) di sini Khamis.

Mesyuarat selama dua hari berakhir esok itu dirasmikan oleh Pengerusi ASEANSAI yang juga Ketua Audit Indonesia Drs Hadi Poernomo.

Ambrin berkata demikian bagi mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang turut mengaitkan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang mendapat perhatian ramai kerana kegagalan memenuhi matlamat penubuhannya.

Ambrin berkata Laporan Audit Negara adalah bersifat telus kerana boleh diakses menerusi laman web jabatan itu, namun pihaknya tidak dapat mengawal mana-mana pihak menggunakan laporan itu untuk tujuan tertentu.

Beliau mengesyorkan agar semua pihak membaca laporan itu sepenuhnya untuk memahami kandungan sebenar kerana pengauditan dibuat secara bebas dan profesional.

"Kadang-kadang apa yang kita tidak cakap, mereka kata kita cakap. Itu yang jadi masalah," katanya.

Ambrin juga berkata pengurusan kewangan di Sabah pada 2010 telah mencatat prestasi yang lebih baik berbanding negeri-negeri lain berikutan tiga jabatan dan agensi mendapat penarafan tinggi empat bintang bagi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan dan Kewangan Indeks Akauntabiliti iaitu Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Bendahari Negeri dan Majlis Daerah Papar.

"Pencapaian ini membuktikan tidak mustahil untuk mencapai penarafan indeks cemerlang empat hingga lima bintang dengan semua jabatan dan agensi lain harus berlumba-lumba untuk meningkatkan prestasi mereka dan usaha penambahbaikan oleh ketua jabatan, agensi dan GLC di Sabah agar prestasi baik dikekalkan," katanya.

12 comments:

  1. Good to hear that Sabah have good financial management, congratulations to those department and agencies for managing to gain four star recognition.

    ReplyDelete
  2. It is not impossible to achieve higher index, just keep working harder to improve the job performance.

    ReplyDelete
  3. JABATAN Audit Negara menjalankan kerja pengauditan bagi semua jabatan serta agensi secara profesional mengikut standard kualiti antarabangsa tanpa bersikap prejudis terhadap mana-mana pihak, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

    -This is to ensure the quality is maintained as well as meet the international quality standard

    ReplyDelete
  4. Ambrin juga berkata pengurusan kewangan di Sabah pada 2010 telah mencatat prestasi yang lebih baik berbanding negeri-negeri lain berikutan tiga jabatan dan agensi mendapat penarafan tinggi empat bintang bagi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan dan Kewangan Indeks Akauntabiliti iaitu Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Bendahari Negeri dan Majlis Daerah Papar.

    -This is indeed a good news. Hopefully other departments will strive to achieve this in the futher.

    ReplyDelete
  5. Bagus, Harap2 menguran kewangan akan lebih teratur dan boleh sistematik

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengurusan kewangan yang teratur perlu dipertingkatkan lagi.

      Delete
  6. laporan audit negara boleh diakses melalui laman web jabatan. senanglah pihak2 tertentu membuat kesimpulan sendiri. harap ia tidak disalahguna..

    ReplyDelete
  7. Tahniah dengan prestasi pengurusan kewangan di Sabah. semoga terus memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan.

    ReplyDelete
  8. Kita tidak boleh salahkan Audit yang dibuat. Itu adalah tugas mereka bagi memastikan mengenalpasti pengurusan dan aliran kewangan dibuat.

    ReplyDelete
  9. "Kadang-kadang apa yang kita tidak cakap, mereka kata kita cakap. Itu yang jadi masalah,"

    itulah tugas pemimpin2 pembangkang yang berusaha memutarbelitkan apa sahaja yang terlintas difikiran mereka asalkan impaknya kelak boleh menguntungkan mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don't easily believe on twisted facts.

      Delete
  10. apa sekalipun sepekulasi yang dimain2kan oleh sesetangah pihak di negara ini, saya tetap yakin dengan laporan yang dibuat oleh ketua audit negara..

    ReplyDelete