POLIS Sabah merekodkan 1,443 serbuan di pusat perjudian haram pada tahun lepas berbanding 680 serbuan pada tahun sebelumnya, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Hamza berkata, operasi oleh Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) itu turut menahan 983 individu kerana terbabit dalam perjudian berbanding 1,179 tangkapan pada tahun sebelumnya.
"Bagi perjudian siber pula, sebanyak 438 premis diserbu selepas disyaki menjalankan perniagaan secara haram manakala selebihnya aktiviti membabitkan perjudian seperti nombor ekor 4D, mesin judi dan sabung ayam haram," katanya pada sidang akhbar, di sini Khamis.
Hamza berkata sebanyak 167 pusat perjudian diserbu membabitkan 92 tahanan sepanjang bulan lepas.
Dalam perkembangan lain, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah telah menggerakkan hampir 10,000 pegawai dan anggotanya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan pada tahun ini.
"Polis sudah bersiap sedia dari segi sumber manusia dan logistik selain akan menggunakan semua cabang yang ada termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Udara dan Pasukan Gerakan Marin.
"Sebahagian anggota sudah menjalani latihan khas menghadapi PRU-13 manakala bakinya akan mengikuti latihan tidak lama lagi. Matlamat kita ialah memastikan proses pilihan raya berlangsung dalam suasana aman dan lancar," katanya. (BERNAMA)
Excessive gambling can lead to social ills and these illegal gambling dens should be shut down to prevent the widespread of gambling activities.
ReplyDeleteCredits goes out the police force in their efforts to shut down such premises.
ReplyDeleteHopefully the general public will give full corporation to the relevant authorities to stamp out this 'epidemic'
ReplyDeletelakukan lagi byk serbuan dalam membendung aktiviti judi.
ReplyDeletekerapkan lagi serbuan tu supaya pusat2 haram dapat dibendung.
Deletesekarang orang mau mendapatkan wang dengan cara mudah tanpa mengeluarkan keringat tidak kira cara tu betul ataupun salah.
ReplyDeleteJangan biarkan perjudian haram ini terus beroperasi.
ReplyDeleteadakah peningkatan serbuan ini menunjukkan pertambahan pusat2 perjudian haram atau peningkatan operasi serbuan??
ReplyDeleteanyway, syabas kepada anggota polis Sabah.. untuk mebanteras pusat2 judi ini perlu ada usaha yang berterusan.. ini kerana, permintaan yang menggalakkan dikalangan orang ramai sendiri pasti akan menggalakkan lagi pusat2 perjudian haram ini untuk beroperasi semula..
ReplyDeleteSelagi ada permintaan, di situ ada penawaran.
ReplyDelete