Thursday 9 February 2012

'MALAM SABAH' DI SHAH ALAM PADA 17 MAC



MALAM Sabah 2012 yang bertujuan memupuk persahabatan, jaringan perniagaan dan mempromosi pelancongan dan kebudayaan, akan diadakan di Shah Alam pertengahan bulan depan.

Persiapan bagi acara itu yang akan berlangsung pada 17 Mac di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam, kini berjalan rancak.

Acara itu, yang menjadikan sebutan popular di Sabah 'Ini Kali Lah' sebagai slogan, merupakan cetusan idea dua ahli perniagaan wanita Sabah di sini, Kartini Ibrahim dan Marilyn Mona Pamajah.

Bercakap kepada Bernama, mereka berkata acara itu akan diadakan dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di sini, dan telah menetapkan sasaran 1,500 kehadiran.

"Bagaimanapun, acara itu boleh menampung sehingga 1,800 orang, tertakluk kepada sambutan," kata Kartini, pengarah urusan TechnoTrend Global, sebuah syarikat penyedia latihan dan pengurusan acara.

Marilyn Mona berkata acara itu akan menjadi platform kepada rakyat Sabah terutama di Lembah Klang untuk beramah mesra, dan bagi tokoh korporat dari Sabah serta pemimpin korporat di ibu negara untuk bertemu dan membina jaringan perniagaan.

"Kami akan mengatur supaya mereka dapat duduk bersama bagi membolehkan mereka membina jaringan perniagaan masing-masing," kata Marilyn Mona, yang merupakan rakan kongsi dalam syarikat Berembang Akuakultur Sdn Bhd.

Tokoh perniagaan yang berjaya dari Sabah serta pelajar cemerlang akan turut diraikan pada majlis itu.

"Kami sedang mengenal pasti penerima anugerah berkenaan," katanya.

Acara itu akan diserikan dengan persembahan bekas pelajar-pelajar Akademi Fantasia dari Sabah seperti Noni, Ebi, Yaser, Ekin dan Felix. Penganjur juga sedang berunding dengan beberapa orang lagi artis dari Sabah untuk membuat persembahan pada malam itu.

Harga tiket bermula daripada RM100. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada Kartini (018-9188030), Marilyn Mona (016-2398484) dan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah (03-92851372.

7 comments:

  1. Nampaknya ini adalah satu rancangan yang baik untuk membantu mengeratkan hubugan rakyat Sabah bersama dengan rakyat di Semenanjung, mempromosikan budaya unik Sabah dan juga menarik minat mereka untuk datang mengunjung ke Sabah.

    ReplyDelete
  2. acara ini amat menarik bagi memperkenalkan budaya2 di sabah kepada masyarakt lain.

    ReplyDelete
  3. Program yang sangat bagus untuk memperkenalkan Sabah di Semenanjung. Pasti ramai yang tertarik. Diharap persembahan2 yang diberi boleh memperkenalkan kepelbagai yang ada di Sabah.

    ReplyDelete
  4. sampai di Selangor slogan pembangkang di Sabah ni.

    ReplyDelete
  5. Nampaknya bukan di Sabah saja namun kebudayaan kita juga turut diperkenalkan diluar Negeri Sabah sendiri.

    ReplyDelete
  6. syabas kepada pihak yang menganjurkan acara ini.. penglibatan ahli2 perniagaan tempatan Sabah dalam membantu belia2 Sabah di Semenanjung wajar dijadikan budaya.. dengan cara ini, masa depan belia sabah pasti akan cerah walau dimana jua mereka berada..

    ReplyDelete
  7. Ini peluang yang baik untuk orang2 Sabah berkumpul..yang bukan Sabahan pun boleh datang dan meriahkan suasana.

    ReplyDelete