Wednesday 8 February 2012

PBS YAKIN RCI SIASAT ISU PENDATANG

NAIB Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Radin Malleh yakin Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai isu pendatang asing tanpa izin di Sabah tidak lama lagi.

"Kita perlu yakin dan percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengotakan janji beliau di bawah konsep 1Malaysia," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu.

Sambil menyatakan keyakinan beliau bahawa Perdana Menteri akan memberi keutamaan terhadap kepentingan rakyat Sabah, khususnya kaum pribumi, beliau berkata kaum pribumi kini ditenggelami oleh pertambahan penduduk secara mendadak akibat kebenjiran orang asing yang mendapat kad pengenalan secara tidak terkawal termasuk 'melalui pintu belakang'.

"Pemimpin tidak boleh memandang ringan perkara ini dengan membelakangkan rakyat Sabah. Ini ada kaitan dengan kedaulatan dan masa depan kami," katanya.

Radin berkata ucapan beliau di Parlimen pada tahun 90-an dan tujuh laporan rasmi yang dibuat dari 1994 hingga 1999 kepada pihak berkuasa seperti polis, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara sedikit sebanyak boleh membantu suruhanjaya itu dalam melaksanakan tugasnya.

Katanya laporan berkenaan mengandungi beribu-ribu nama dan nombor kad pengenalan yang diperoleh secara haram.

Beliau berkata pada kongres tahunan PBS 1996, parti itu menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyelesaikan masalah berkenaan. (BERNAMA)

63 comments:

  1. The PM should make his stand clear regarding the formation of the RCI to investigate the illegal immigrant issues in Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If the PM is serious about solving the illegal immigrant issue in sabah, then he should immediately set up RCI in sabah.

      Delete
    2. Dalam surat khabar pagi ni ada menyatakan bahawa kerajaan pusat sudah memberikan kenyataan yang menunjukkan kemungkinan RCI ini akan diluluskan, kita tunggulah dan lihat nanti.

      Delete
    3. kemungkinan RCI akan diluluskan? harap2 ianya bukan hanya indah khabar dari rupa..

      Delete
    4. berdasarkan keyakinan banyak pihak, berkemungkinan RCI akan ditubuhkan.

      Delete
    5. Betul juga, PM harus membuat pengesahan terhadap pertubuhan RCI. Jangan membiarkan masalah ini berlanjutan tanpa apa-apa tindakan.

      Delete
  2. Sabahans future are at stake if the illegal immigrants issue is not resolved and put to an end. Our leaders must fight harder for our rights.

    ReplyDelete
    Replies
    1. All leaders regardless whether they are the opposition or not must unite and fight for sabah's rights. With the increase number of illegal immigrants in sabah, we will soon lose sabah to them. We wouldn't want that to happen.

      Delete
    2. Setuju bahawa pemimpin kita perlulah bersatu untuk mempertahankan hak rakyat, masalah PATI ini juga wajar diselesaikan sebelum hak rakyat asli terancam.

      Delete
    3. ya...RCI janganlah dipolitikkan seperti apa yang dilakukan oleh sesetengah pihak..

      Delete
  3. "Kita perlu yakin dan percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengotakan janji beliau di bawah konsep 1Malaysia,"

    -I agree with Datuk Radin's statement, the Najib administration can not afford to ignore this matter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the more they ignore this matter, the more harder (or impossible) to solve this issue in the future.

      Delete
    2. Selesaikanlah masalah ini sebelum terlambat, makin hari, makin teruk masalah ni.

      Delete
    3. yakin dan percaya...diharap RCI ditubuhkan sebelum pru13 seperti apa yang dituntut oleh pemimpin2 sabah..

      Delete
  4. The illegal immigrants are like cockroaches. They just keep on coming back into our state. Hopefully the RCI on this matter will 'RIDSECT' them once and for all

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don't forget that they breed like rabbits.

      Delete
    2. selain RCI, penguatkuasaan undang2 juga harus diperketatkan lagi..

      Delete
    3. Pihak imigresen harus menjalankan tugas untuk menyekat kedatangan PATI ini.

      Delete
  5. amat diharapkan RCI benar2 akan ditubuhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't we all hope for RCI to be set up. Hopefully before election, RCI will be set up in sabah.

      Delete
    2. ini permintaan daripada rakyat..pasti ianya akan diberikan perhatian..

      Delete
  6. jika RCI ditubuhkan, pasti jalan penyelesaikan bagi isu pati akan ditemui. sabah pasti makin aman tanpa PATI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah is better off without the presents of PATI. Because of them, the crime rate in sabah has increased tremendously.

      Delete
    2. bebas daripada masalah pati memang diharapkan oleh semua orang.

      Delete
  7. hopeful that there will be a positive response from the federal government for the establishment of the RCI, since such a call was fully supported by all quarters in Sabah including politicians from both sides of the divide

    ReplyDelete
    Replies
    1. there must be an ultimate solution to settle this longstanding issue.

      Delete
    2. Federal government need to do whatever it takes to solve this long-standing issue.

      Delete
    3. Saya yakin dapat sokongan juga tu, tapi mesti lah Federal tak boleh buat keputusan cepat kan... Tau ja lah gov ni banyak prosuder. ahhahaha

      Delete
  8. PM assure to Dompok that that the matter would be discussed in the coming federal cabinet meeting on Feb 8 (today).

    Barisan Nasional and opposition leaders in Sabah have been calling for the setting up of RCI to probe into the perennial illegal immigrants issue in the state.

    ReplyDelete
    Replies
    1. illegal immigrant issue which has plagued Sabah for so long and the demands of Sabahans for the setting up of a RCI which has been supported by all in the State including BN component parties, opposition parties and people from all layers of society.

      Delete
  9. RCI must be set up in sabah immediately before its too late.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Jangan tunggu sampai pati jadi kepala di Sabah baru kelam kabut cari jalan. Kesian generasi masa depan lain nanti.

      Delete
  10. If it is true , they do support the supply of employment esp in the estate. Good idea ?

    ReplyDelete
  11. Bukan PBS saja yang yakin namun semua pemimpin BN sabah RCI ini akan dapat menyiasat perkara ini.

    ReplyDelete
  12. Buktikan kepada rakyat bahawa BN tidak duduk diam seperti apa yang didakwa oleh pembangkang yang mengatakan Kerajaan tidak serius menangani isu rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan rakyat nampak usaha BN utk bantu rakyat supaya apa yang dilemparkan oleh pembangkan tidak merosakkan pandangan rakyat terhadap BNUMNO.

      Delete
  13. Jika siasatan telah dibuat maka pasti akan dapat menyelesaikan dan mengenal pasti dari mana punca masalah ini berlaku.

    ReplyDelete
  14. adakah RCI akan ditubuhkan pada tahun ini? sebab PBS sebelum ini telah memberikan masa sehingga 2012 kepada persekutuan untuk berbuat demikian.

    ReplyDelete
  15. Konpom tu ditubuhkan cuma tengoklah orang yang melaksanakannya, buat kerja bagus2 ka tak:P

    ReplyDelete
  16. Jadi kalaupun RCI ditubuhkan nanti pastikan ada pemantau dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan objektif dapat dicapai.

    ReplyDelete
  17. The Federal government has approved the setting up of RCI.

    ReplyDelete
  18. Kerajaan memang komited untuk menyelesaikan masalah PTI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komitmen semua pihak memang penting untuk menyelesaikan masalah pati ini.

      Delete
  19. RCI is deemed important to curb illegals probs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everyone know but waiting federal to awake.

      Delete
  20. But it has been done with transparency.

    ReplyDelete
  21. The establishment of RCI is necessary to solve the issue of illegal immigrants in Sabah.

    ReplyDelete
  22. There is likely to be a good development regarding the issues investigating illegal immigrants in Sabah.

    ReplyDelete
  23. I hope the voice of the people of Sabah will be heard by the government.

    ReplyDelete
  24. We shall wait and see the possible outcome of all this.

    ReplyDelete
  25. Let’s await good results and feedback from the PM.

    ReplyDelete
  26. tidak mustahil dibawah pentadbiran Najib kita akan menyaksiakan RCI untuk Sabah.. beliau satu2nya perdana menteri yang banyak melakukan perubahan berdasarkan permintaan rakyat tidak seperti perdana menteri sebelum ini..

    ReplyDelete
  27. namun kalau boleh biarlah penubuhan RCI itu dipercepatkan iaitu sebelum bermulanya PRU13..

    ReplyDelete
  28. saya harap masalah pati akan berjaya diselesaikan dan semua masalah yang berkaitan juga akan dapat diatasi.

    ReplyDelete
  29. Persekutuan pasti akan membuat keputusan yang bijak untuk menubuhkan RCI.

    ReplyDelete
  30. RCI tidak semestinya boleh menyelesaikan masalah RCI tetapi harus juga mencuba.

    ReplyDelete
  31. Pasti adanya agenda yang tidak diketahui. Tidak mungkin PATI yang banyak ini masuk tanpa dikesan.

    ReplyDelete
  32. Yang penting pelaksanaan RCI ini kena telus 101%.

    ReplyDelete
  33. Katanya laporan berkenaan mengandungi beribu-ribu nama dan nombor kad pengenalan yang diperoleh secara haram.

    Tanpa beragu-ragu, buatlah siasatan yang terperinci.

    ReplyDelete
  34. Kerajaan tiada sebab untukmenolak pertubuhan RCI melainkan jida adanya agenda yang dilindungi.

    ReplyDelete
  35. Selagi tiada cara lain, RCI harus ditubuhkan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  36. Siapakah yang harus disiasat terlebih dahulu?

    ReplyDelete