Wednesday, 8 February 2012

PEKAN MELALAP, BN KITAR SEMULA JANJI LAMA

Oleh : JACKSON LU

NAIB Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah, amat berharap bahawa kenyataan Adun Melalap Datuk Radin Malleh baru-baru ini akan menjadi kenyataan berhubung pembinaan Pekan Kecil Melalap kerana kenyataan seumpama itu sudah berulang-ulang sejak tahun 2008 lagi tanpa penghujungnya.

Malahan tegas Jimmy, selepas pilihanraya umum kali ke-12 (PRU12) cadangan itu hilang begitu sahaja, sedangkan perkara tersebut turut diwar-warkan mereka ketika musim berkempen pada PRU12.

Bagaimana pun katanya, beliau berharap ianya menjadi kenyataan kerana rakyat telah pun bosan menunggunya dimana setiap menjelang pilihanraya umum janji seperti itu menjadi permainan dibibir setiap pemimpin seterusnya disifatkannya sebagai 'recycle promises'.

“Syabas kepada Barisan nasional (BN) terutamanya Datuk Radin kerana akhirnya mengkotakan janji janjinya,” kata beliau dalam satu kenyataan di Tenom, pada selasa.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Melalap berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Radin sepertimana yang dilaporkan media tempatan yang bertajuk 'New Melalap Township On The Cards' keluaran pada selasa.

Dalam pada itu, mengenai dengan peruntukan RM15 juta untuk pembinaan jambatan menyeberang Sungai Pegalan di lokasi Pusat Kebudayaan Murut sebagai laluan pintas dan rangkaian jalanraya menuju ke Taman Pertanian Sabah Lagud Seberang sebelum ke pekan Tenom Jimmy berkata;

“Rakyat di sini akan melihat dan menilai sendiri bagaimana janji kerajaan BN pada kali dari aspek kejujurannya kerana akan diterjemahkan oleh rakyat itu sendiri dalam memutuskan keyakinan mereka; lebih-lebih lagi Radin menjadi wakil rakyat di sini tidak kurang daripada 22 tahun,” tegas Jimmy.

Persoalannya sekarang, segala-galanya di tangan rakyat untuk menuntut kerajaan supaya projek yang dijanjikan itu dilaksanakan sebelum PRU13 atau apakah rakyat masih yakin projek yang dijanjikan itu masih di atas kertas.

12 comments:

  1. Just let the people judge this by themselves and cast their votes during the next General Elections.

    ReplyDelete
  2. Hopefully all promises made to the people will be fulfilled by the government.

    ReplyDelete
  3. late as it is, but at least the matter of establishing the township has been put to the table

    ReplyDelete
  4. hoefully this effort will be carried out at earnest even after the GE-13

    ReplyDelete
  5. janji2 yang belum lagi ditunaikan haruslah ditunaikan.

    ReplyDelete
  6. jika ia ditunaikan pasti rakyat akan terus percaya dan memberikan sokongan.

    ReplyDelete
  7. Saya percaya rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk

    ReplyDelete
  8. kepercayaan rakyat pasti akan hilang jika janji yang dibuat sentiasa dikitar semula. wakil2 rakyat kena pastikan semua janji yang dibuat akan terlaksana.

    ReplyDelete
  9. penentuan terletak di tangan rakyat. pemimpin perlu sedar semua tindakan mereka akan mempengaruhi keputusan dalam PRU nanti.

    ReplyDelete
  10. Maka janji yang telah diberikan haruslah ditunaikan. Jangan biarkan rakyat bosan dengan janji-janji yang tidak ada kesudahannya.

    ReplyDelete
  11. mungkin masih dalam proses perancangan.. membina sebuah pekan walaupun bersaiz kecil tetap memerlukan perancangan yang teliti..

    ReplyDelete
  12. Apa yang dijanji sebelum ini tidak dapat ditunaikan dalam satu malam. Kena sabar sajalah.

    ReplyDelete