Tuesday 14 February 2012

PERTAMBAHAN MENDADAK PENGUNDI MENCURIGAKAN



TAMBAH....Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan 'pertambahan mendadak' pengundi di Selangor.

Oleh : MOHD FARHAN DARWIS (TMI)

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapatnya kecurigaan dalam pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan di negeri ini sejak 2008. Penasihat PKR itu menjelaskan, antara kawasan yang mengalami kadar kenaikan ketara adalah di kawasan Subang, Kota Raja, dan Puchong.

"Berdasarkan kajian analisis terperinci Pakatan Rakyat (PR) terdapatnya pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan yang mencurigakan.

"Pengundi di Subang bertambah sebanyak 35 peratus, daripada sejumlah 84,000 ribu kepada 114,000, Kota Raja mengalami peningkatan 29.5 peratus, dan Puchong mengalami peningkatan sebanyak 25 peratus daripada tahun 2008," katanya, namun tidak mendedahkan butiran lanjut berkenaan peningkatan tersebut.

Sehubungan itu, Anwar turut menuntut SPR melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap sejumlah 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Sehingga Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JPN.

"Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai," jelasnya lagi dan menambah, pembangkang turut mendesak SPR menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat warga asing yang diberi kerakyatan.

"Perkara itu bukan hanya isu di Sabah, bahkan masalah peringkat nasional. Sehubungan itu, PKR mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkan suruhanjaya dan sahkan status mereka yang layak sebagai warganegara dan pengundi sebelum pilihan raya akan datang," tegasnya.

Menurut beliau, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, tiga pemimpin PR yang berada di dalam Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan penambah baikan pilihan raya (PSC) akan memainkan peranan mendesak SPR menjalankan semakan yang lebih telus dan pendaftaran secara automatik supaya data pengundi dapat disemak dengan lebih teliti.

"Azmin Ali, Anthony Loke, dan Dr Hatta Ramli akan bertanggungjawab mendesak SPR bagi memperbaiki perkara ini sebelum pilihan raya dilaksanakan," katanya lagi.

13 comments:

  1. RCI sudah hampir ditubuhkan di Sabah, sudah pasti masalah seperti ini akan disiasat dan didedahkan tidak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tujuan penubuhan RCI salah satunya adalah menyiasat perkara ini.

      Delete
  2. Diharapkan SPR akan memastikan pilihan raya ke 13 akan diadakan dengan telus, adil, bersih dan penuh integriti.

    ReplyDelete
  3. Prior to this there are no comments made by DSAI pertaining to the RCI on illegal immigrants in Sabah. Only the Local PKR leaders express it.

    ReplyDelete
  4. Why is suddenly DSAI is jumping into the bandwagon on this? what is he's angle?

    ReplyDelete
  5. nampaknya bukan setakat Sabah saja yang mengalami masalah ni tapi di negeri pembangkang sendiri. wajarlah RCI ni ditubuhkan dengan segera.

    ReplyDelete
  6. harap2 semua pengundi yang diragui akan dikeluarkan dari senarai daftar pemilih.

    ReplyDelete
  7. SPR perlu kemaskini senarai daftar pengundi mereka.

    ReplyDelete
  8. Baru sekarang Anwar mahu cakap pasal isu ini. Semasa dulu isu pertambahan penduduk juga ada kaitan dengan pertambahan pengundi. Dia diam2. Sibuk pasal kes peribadi. Ketinggalan.

    ReplyDelete
  9. Anwar mula terpaksa cuba membangkitkan perkara ini. Pasti akan kaitan dengan Eli Wong dan juga Helmi yang ditangkap di Indonesia kerana kerja haram mereka lakukan.

    ReplyDelete
  10. tampil la dengan bukti sekali.. jangan sekadar cakap.. lagi bagus jika Pakatan cari pengundi2 hantu ini dan bawa kepada media dan SPR..

    ReplyDelete
  11. Susah juga kalau pengundi hantu ni wujud. Mereka menidakkan hak rakyat yang sebenar.

    ReplyDelete