KAJIAN berhubung cadangan pembinaan Lapangan Terbang Baru Lahad Datu di Pantai Timur Sabah sudah hampir siap, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Beliau berkata kajian itu dikendalikan oleh sebuah syarikat perunding yang dilantik kerajaan.
"Setelah kita menerima laporan daripada syarikat yang dipertanggungjawabkan itu, barulah kita masukkan (projek ini) ke dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-10 untuk mendapatkan peruntukan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Tawau sebelum berlepas mengetuai rombongan 48 dalam penerbangan sulung MASwings ke Tarakan di Kalimantan Timur, Isnin.
Antara anggota rombongan ialah Pembantu Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Bolkiah Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, Datuk Kapt Mohd Nawawi Awang dan Pengarah Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Tengku Zainal Abidin Tengku Mahmood.
Penerbangan sulung itu membawa 20 orang penumpang lain.
Menurut Abdul Rahim, lapangan terbang baru amat diperlukan di Lahad Datu memandangkan lapangan terbang sedia ada yang berdekatan bandar tidak lagi sesuai dalam keadaan kepesatan pembangunan ekonomi Lahad Datu.
Katanya, tapak lapangan terbang baru yang sudah dikenal pasti itu amat strategik kerana terletak tidak jauh dari pusat pertumbuhan ekonomi Lahad Datu iaitu Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC), Pusat Pelancongan Tabin dan Laluan ke Bandar Sahabat.
Kapt Mohd Nawawi pula berkata dengan adanya penerbangan dari Tawau ke Tarakan, ia akan merancakkan lagi sektor perniagaan dan pelancongan antara Malaysia dan Indonesia, khususnya wilayah bersempadan kedua-dua negara seperti Tawau dan Nunukan.
"Menerusi penerbangan ini, kemungkinan ada ilham baru selain mempertingkatkan hubungan dua hala yang telah terjalin sekian lama," katanya.
Kapt Mohd Nawawi berkata beliay yakin ahli-ahli perniagaan dari negara anggota Kawasan Pertumbuhan Ekonomi Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) menyambut baik usaha itu. (BERNAMA)
Diharapkan cadangan untuk membina sebuah lapangan terbang baru di Lahad Datu ini akan dipertimbangkan dengan baik, ada manfaat lapangan terbang ini untuk pembagunan kawasan berhampiran.
ReplyDeleteya.. bgs juga lapangan baru dibuat di LD.
DeleteDengan adanya lapangan terbang ini, ia boleh memudahkan para pelancong untuk mengunjung ke situ. Buat masa ini mereka hanya boleh melawat Lahad Datu menerusi pengangkutan jalan raya.
ReplyDeletesokong dengan cadangan ni. kalau naik pengangkutan jalan untuk ke Lahad Datu memang mengambil masa yang lama. kalau ada lapangan terbang diwujudkan di sana masa pun bolehlah dijimatkan. sebab ada juga yang ingin ke Lahad Datu sanggup untuk menaiki penerbangan ke Sandakan semata2 untuk menjimatkan masa.
DeleteHopefully the findings of the report will support the setting up of the airport.
ReplyDeleteNot only that, this will make Lahad Datu accessible by air apart from by land.
ReplyDeletebagaimana sudah pula dengan rancangan lapangan terbang Sandakan yang ingin dinaiktaraf?
ReplyDeleteia pasti akan dilaksanakan.
DeleteHarap lapangan terbang Sandakan memenuhi tahap kualiti yang dikehendaki.
ReplyDeletediharap dapat membantu menambahkan bilangan pelancong datang melawat ke Sabah.
ReplyDeleteBagus kalau gitu tentang kajian terhadap airport LD yang dalam perancangan pembinaan yang baru.
ReplyDeletelapangan terbang Lahad Datu yang sedia ada sekarang memang tidak strategik langsung..
ReplyDeletesaya harap pembinaan lapangan terbang Lahad Datu ini berjalan dengan lancar.. saya yakin, jika ianya siap kelak, Lahad Datu akan menerima impak pembangunan yang lebih pesat..
ReplyDeleteLahad Datu layak menerima sebuah lapangan terbang yang baru.
ReplyDelete