Tuesday 21 February 2012

PGM RAMPAS TELUR PENYU DI SANDAKAN

PASUKAN Gerakan Marin (PGM) merampas 1,130 biji telur penyu yang cuba diseludup masuk untuk pasaran haram di daerah ini.

Komander Markas PGM Wilayah Sabah, ACP Abdul Manaf Othman berkata bot yang membawa telur penyu itu berjaya dikesan di kawasan perairan laut Kampung Forest dekat sini, kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Telur penyu dianggarkan bernilai RM2,500 itu dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk dijual di kawasan bandar Sandakan, katanya.

Beliau berkata juragan bot itu dapat melarikan diri dan kes disiasat mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

Abdul Manaf meminta orang ramai tidak membeli telur penyu yang dijual secara haram di daerah ini kerana tindakan itu akan menggalakkan penyeludupan berikutan wujudnya permintaan. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment