Monday 13 February 2012

RAKYAT SABAH BUKAN MUDAH DIPERDAYA



HADIR...Kelihatan Datuk Musa, Zakaria dan Juslie menghadari majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Hj Musa Hj Aman berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah diberi mandat oleh rakyat berbilang kaum di negeri ini akan terus memainkan peranannya ke arah mempertingkatkan dalam aspek perdana pembangunan sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar.

Rakyat di negeri ini, khususnya kawasan Libaran akan terus menikmati pelbagai kemudahan asas dan lain-lain keperluan yang disalurkan oleh kerajaan untuk dinikmati bersama tanpa mengira fahaman ideologi politik yang berbeza.

Datuk Musa berkata demikian ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat bagi peringkat kampung Tinusa II, DUN Sungei Sibuga kelmarin.

Katanya, kerajaan BN tidak pernah meminggirkan mana-mana golongan ini, terbukti walaupun mereka anti kerajaan, namun mereka juga diberikan bantuan BR1M RM500.

"Parti-parti pembangkang hanya tahu menuduh dan membuat propaganda untuk memutarbelitkan fakta sebenar. Apapun kerajaan buat yang terbaik untuk kepentingan dan kebaikan rakyat jelata, namun masih dinafikan oleh pihak pembangkang,” kata Musa.

Rakyat sekarang, kata Musa, bukan seperti rakyat di tahun 70-an dan 80-an yang mudah diperdayakan oleh pihak pembangkang yang hanya mencari dan meraih simpati untuk mendapatkan sokongan; mereka sudah bijak dan pandai memilih yang mana permata dan mana yang kaca.

“Dari itu rakyat jangan mudah terpedaya oleh pujuk rayu parti-parti pembangkang yang hanya tahu bercakap, tapi sukar melaksanakannya. Mereka hanya tahu memaki hamun kepada kerajaan dan tidak pandai berterima kasih dan bersyukur. Mereka tetap eksplotasi apa juga kebaikan yang pemimpin BN sudah buat untuk rakyat,” tegasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Gum-Gum Datuk Hj Zakaria Hj Edris, Ahli Parlimen Libaran Datuk Hj Juslie Ajirul dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

13 comments:

  1. Hope that the Sabah state government will continue to help those who are in need, no matter who the voters support, they will still get the aids.

    ReplyDelete
  2. The people must make the best decision during the next general elections for the sake of their future.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I believe the people in Sabah know that unlike the opposition, BN makes and keeps their promises

      Delete
  3. pembangkang mmg suka memutarbelitkan fakta, rakyat jgnlah mudah terpedaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang juga suka untuk menabur janji2 yang agak mustahil ditunaikan dan janji yang dibuat bukan mengikut keupayaan mereka. sebab itulah ada yang mengatakan mereka menjanjikan bulan dan bintang.

      Delete
  4. byk bantuan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat, rakyat harus hargainya.

    ReplyDelete
  5. Saya percaya rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk

    ReplyDelete
  6. dari pengalaman yang diperolehi oleh rakyat, pasti mereka dapat membezakan parti2 atau pemimpin2 yang hanya meraih sokongan dan tidak ikhlas memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan Sabah akan meneruskan usaha mereka untuk memastikan bantuan dan tanggungjawab akan sampai kepada rakyat.

    ReplyDelete
  8. Maka pembangkang tidak perlulah bermimpi untuk menghasut penduduk Sabah menyokong pembangkang di Sabah. Bukan mudah untuk perkara itu.

    ReplyDelete
  9. jika rakyat Sabah mudah diperdaya, sudah lama negeri ini jutuh ketangan pembangkang..

    ReplyDelete
  10. pasti pihak pembangkang akan lebih tertekan dan terdesak apabila kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa bantuan rm500 dan rm100 akan diteruskan setiap tahun.. ini membuktikan bahawa bantuan itu bukan untuk memancing undi seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang..

    ReplyDelete
  11. Bah apa lagi..buktikan kepintaran kita dalam PRu13 nanti.

    ReplyDelete