Saudara Pengarang,
SEBAGAI Ketua Pewaris Pulau Sipadan, saya Hj Ab Raup bin Mahajud, dengan sokongan ahli keluarga memberi NOTIS 14 HARI kepada Kerajaan supaya mematuhi Perintah Mahkamah dan menghormati Undang-Undang Adat di Negeri Sabah atau dikenakan prosiding menghina mahkamah.
Pada 23 Disember 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Dato' Abdul Rahman bin Sebli telah membuat keputusan menolak rayuan Kerajaan Negeri Sabah dengan kos dalam Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Dalam hujah penghakimannya, Hakim tidak bersetuju dengan hujah daripada Kerajaan Negeri yang mengatakan Pewaris tidak berhak menerima pampasan telur penyu di Pulau Sipadan kerana aktiviti mengumpul dan menjual telur penyu adalah salah di sisi undang-undang.
Hakim perbicaraan, Datuk Albert Linton telah membuat suatu keputusan yang jelas bahawa Pewaris Pulau Sipadan mempunyai hak adat menurut Undang-Undang Adat untuk mengumpul dan menjual telur penyu di Pulau Sipadan.
Hak Adat itu tidak boleh dipertikaikan berdasarkan kepada bukti dan fakta sejarah yang jelas dan ia adalah sumber kehidupan Pewaris Pulau Sipadan untuk kesinambungan hidup mereka. Maka sebab itu, Pewaris berhak untuk menerima pampasan kerugian telur penyu di Pulau Sipadan.
Selain itu, Hakim YA Dato' Abdul Rahman bin Sebli juga turut menyatakan rayuan yang boleh dipertimbangkan hanyalah mengenai pengiraan taksiran kerugian untuk Pewaris Pulau Sipadan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tuan Zulkifli bin Ablah.
Hakim Dato' Abdul Rahman bin Sebli juga bersetuju dengan hujah Peguam Plaintiff dalam membuat sesuatu rayuan yang seharusnya mengikut prosedur undang-undang.
Akhir kata, saya Hj Ab Raup bin Mahajud Ketua Pewaris Pulau Sipadan Rumpun Keturunan Maharaja Mahamud bin Singkalang berserta dengan ahli keluarga waris yang lain sekali lagi meminta kepada Kerajaan supaya mematuhi Perintah Mahkamah dan menghormati Undang-Undang Adat yang wujud di Negeri Sabah.
Salam Penuh Hormat,
HJ AB RAUP BIN MAHAJUD
If the court has made their decision regarding this case, the government have to respect the courts rule.
ReplyDeleteHope to see this case closed as soon as possible. The descendants of Pulau Sipadan right's must be protected.
ReplyDelete...hujah daripada Kerajaan Negeri yang mengatakan Pewaris tidak berhak menerima pampasan telur penyu di Pulau Sipadan kerana aktiviti mengumpul dan menjual telur penyu adalah salah di sisi undang-undang.
ReplyDeleteThe reason for the government not complying to the demands of these people is simply to conserve the endangered sea turtles.
It's hard to believe that the state government lost this case. But at the same time it shows that the state government still champion the cause of conservation.
ReplyDeletemahkamah dan beri perintah, jadi kenalah ikut perintah mahkamah.
ReplyDeletehak2 mereka sebagai pewaris pulau kena dpertahankan.
ReplyDeleteKeputusan mahkamah harus dipatuhi jika tidak masalah lain akan terjadi.
ReplyDeletetetapi sekiranya telur2 penyu tu dikumpul dan dijual semuanya, penyu2 akan semakin pupus.
ReplyDeletetapi kita harap penjualan telur penyu dapat dikurangkan. Kerana ini akan menyebabkan kepupusan berlaku terhadap haiwan tersebut.
ReplyDeleteMaka keputusan mahkamah perlu dipatuhi.
ReplyDeletealangkah kejamnya hak adat itu jika tidak mengambilkira soal kepupusan spesis yang menjadi sumber ekonomi mereka..
ReplyDeletetidak ada sudahkah sumber ekonomi di negara/negeri ini sehingga spesis terancam pun terus dieksploitasi bagi menjana keuntungan tanpa memikirkan kepentingan spesis itu untuk generasi akan datang..
ReplyDeleteRumit juga. Spesies penyu semakin terancam maka wajar dilindungi. Cubalah cari alternatif lain untuk cari sumber pendapatan.
ReplyDelete