Friday 17 February 2012

SABAH DAPAT 31 PROJEK PERMULAAN

SEJUMLAH 31 Projek Permulaan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Greater Kota Kinabalu yang akan menyaksikan impak yang tidak mungkin dapat dilupakan ke atas prestasi ekonomi dan kehidupan di Sabah.

Projek-projek, yang dikenal pasti oleh Program Makmal Koridor dan Bandar Raya Serantau, dilancarkan pada bulan Julai tahun lepas bagi membantu menyelaraskan program koridor ekonomi serantau dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengumumkan intipati Makmal Koridor dan Bandar Raya Serantau untuk SDC dan Greater Kota Kinabalu hari ini berkata, kesemua 31 projek, dengan sasaran pelaburan RM77.5 bilion menjelang 2020, dijangka menjana tambahan RM35.5 bilion pendapatan negara kasar.

"Projek-projek itu dijangka mewujudkan hampir 150,000 pekerjaan dan menggerakkan pertumbuhan ekonomi di Sabah kepada purata tahunan sembilan peratus," kata beliau pada majlis perasmian Hari Terbuka SDC, Program Koridor dan Bandar Raya Serantau.

Najib berkata berikutan pelarasan itu dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah ETP, bidang fokus utama untuk SDC ialah: pembangunan dan pemodenan Kota Kinabalu untuk menjadikannya hab gaya hidup; merancakkan tarikan di Greater Kota Kinabalu, meningkatkan pergerakan dan pengalaman pengembaraan orang ramai; menggalakkan awam dan penjagaan kesihatan untuk pelancongan kesihatan; dan memperbaiki pendidikan penjagaan kanak-kanak peringkat awal. (BERNAMA)

27 comments:

  1. Hopefully we will be able to witness more positive impact to Sabah's economy with the programs under the SDC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kerajaan akan melaburkan lebih banyak projek sedemikian untuk Sabah.

      Delete
    2. With better planning and implementation, no doubt Sabah can achieve more in the future.

      Delete
  2. The unemployed Sabahans should take this chance to get jobs from these projects. Nearing 150,000 job opportunities, I'm sure there's something for everyone if they're not too choosy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan peluang yang ada dan jangan biarkan ia terlepas.

      Delete
    2. Betultu, peluang pekerjaan yang ditawarkan perlulah diambil.

      Delete
    3. tiada alasan untuk belia Sabah tidak mendapat pekerjaan. kewujudan peluang pekerjaan yang banyak ini pasti akan mengurangkan jumlah pengangguran di Sabah.

      Delete
  3. Haraplah betul, kalau tak punya bikin sedih.

    ReplyDelete
  4. W/pun ada juga suara sumbang yang cakap semua ini hanya gimik politik tapi saya tetap berharap ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  5. Bayangkan saja kalau semuanya berjalan lancar, bukankah itu bermakna Sabahan dapat menbikmati hidup yang lebih selesa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ia berjaya dilaksanakan, pasti Sabah akan menbangun lebih pesat. penduduk Sabah juga makin senang.

      Delete
    2. harap2 tahun ni rakyat sudah mendapat melihat perubahan yang dibawa oleh SDC.

      Delete
  6. Justeru, semua pihak harus bersatu dan bekerjasama demi memastikan setiap plandapat direalisasikan. Ketepikan pegangan politik dulu dan fokuslah pada kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  7. with the 150,000 job opportunities, the unemployment rate in sabah will definitely decrease.

    ReplyDelete
    Replies
    1. everyone especially the jobless should take this opportunity to apply for a job in one of those projects.

      Delete
    2. Harap kadar pengangguran akan berkurangan di Sabah dengan adanya peluang pekerjaan sebanyak ini.

      Delete
  8. I hope to see positive changes in sabah's economy. May there be no delay in implementing those projects.

    ReplyDelete
  9. semoga semua projek2 yang akan dilaksanakan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  10. Nampaknya Sabah mula diberikan tumpuan oleh kerajaan persekutuan dengan pelbagai projek yang boleh membantu mengembangkan ekonomi Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap Sabah tidak ketinggalan dalam pembangunan dan kemajuan.

      Delete
  11. Maka kita perlulah meneruskan sokongan kepada kerajaan yang telah cuba yang terbaik untuk membantu penduduk Sabah supaya lebih maju kedepan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang sudah diberi, tinggal mahu rebut saja lagi.

      Delete
  12. Projek yang diberikan itu perlulah dilaksanakan sebaiknya. Pastikan dapat dilaksanakan sepenuhnya dan tidak akan membazir begitu saja.

    ReplyDelete
  13. dengan peluang pekerjaan sebanyak 150 000 cukup untuk menyelesaikan masalah pengangguran di negeri ini..

    ReplyDelete
  14. saya harap projek ini bukan omong kosong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilangan projek yang banyak di awal tahun. tapi harap2 dapat dilaksanakan.

      Delete
  15. ETP and the GTP as diverse sectors propelling the economy to compete globally.

    ReplyDelete