Friday 17 February 2012

SAMUR, PEMBUKA TIRAI ERA BARU SABAH



Oleh : MASSITA AHMAD

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) PETRONAS bernilai RM4.5 bilion, sebagai pembuka tirai kepada satu era baharu untuk negeri Sabah dan rakyatnya.

"Projek Samur bukan calang-calang projek. Projek ini merupakan projek berskala dunia, yang akan dibina di Sipitang ini," kata Najib ketika berucap pada majlis pecah tanah projek itu, di Sipitang, kelmarin.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Datuk Shamsul Azhar Abbas dan Pengerusi PETRONAS Chemicals Group Bhd Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Najib berkata nilai eksport dari kilang yang akan menghasilkan 1.2 juta tan urea setahun ini, dijangka mencecah US$4.8 bilion setiap tahun.

"Kita dapat bayangkan apabila Projek Samur ini terlaksana, ia bererti kawasan Sipitang ini berada dalam ambang perubahan yang besar. Detik transformasi langsung yang begitu mendadak dalam beberapa tahun akan datang," katanya.

Perdana Menteri berkata kawasan seluas 2,000 ekar sudah dikenal pasti untuk dimajukan sebagai kawasan industri minyak dan gas serta industri sampingannya di sekitar Sipitang.

Beliau juga berkata pemilihan Sipitang juga adalah berikutan kedudukan strategiknya berdekatan Kota Kinabalu dan Brunei serta potensi laut dalamnya.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut diberi jaminan oleh PETRONAS bahawa lebih 80 peratus tenaga kerja Projek Samur ini terdiri daripada anak-anak Sabah.

Katanya sebuah pusat latihan tetap bagi melatih bakal tenaga kerja dalam kalangan anak-anak Sabah sedang dibina dan dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

Ketika ini katanya, seramai 24 orang anak tempatan sedang mengikuti latihan di pusat latihan sementara di Membakut dan dijangka menamatkan latihan pada Julai 2013.

Pengambilan kedua seramai 20 orang lagi akan dilakukan pada Julai tahun ini, katanya.

Menurut PETRONAS, Projek SAMUR dijangka memerlukan kira-kira 3,000 hingga 4,500 pekerja, khususnya semasa fasa kemuncak pembinaan Kompleks itu.

Najib turut menyeru rakyat Sabah supaya tidak melepaskan peluang merebut kesan limpahan pembangunan daripada Projek Samur ini.

"Kita tidak merancang untuk menjadikan kilang berskala dunia ini sebagai sebuah pulau dari rakyat tempatan. "Kita adakan rantaian (aktiviti). Kita mahu dan akan pastikan kesan, rahmat akan diagih kepada rakyat tempatan," katanya.

Najib turut mengumumkan bahawa kontraktor yang dipilih untuk projek itu akan memulakan kerja persediaan akhir bulan ini.

Ketika ini, PETRONAS sedang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti syarikat-syarikat di Sabah yang berkelayakan untuk turut serta dalam pembangunan projek-projeknya.

Syarikat pengeluar minyak itu berkata penyertaan dan pendedahan syarikat-syarikat tempatan dalam pelaksanaan projek-projeknya akan meningkatkan keupayaan dan pengalaman mereka dan seterusnya membuka lebih banyak peluang untuk mereka dalam industri-industri berkaitan. Kompleks Projek Samur itu dijangka siap pada 2015. (BERNAMA)

27 comments:

  1. Hope that the Training center to train the local Sabahans in this industry will be completed in time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the local sabahans must make use of this opportunity and work hard. Don't stop half way!

      Delete
    2. Rebut peluang ini, agar kita tidak ketinggalan.

      Delete
    3. nampaknya, training center ni agar terhad juga kemasukannya.

      Delete
  2. The local companies that are involved in this project should improve their skills and experience so that they can contribute to the industry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini peluang yang amat baik untuk syarikat tempatan merebut peluang dan menimba pengalaman.

      Delete
    2. ada antara syarikat2 tempatan ini telah diberikan kontrak jutaan ringgit. harap mereka dapat membuktikan keupayaan mereka dalam mengendalikan projek yang diberi supaya di masa akan datang, peluang akan bertambah cerah.

      Delete
  3. The government must ensure that there will be no delay in completing the project samur.

    ReplyDelete
  4. locals should take this chance to apply for a job there.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak peluang pekerjaan akan tersedia..jadi belia tempatan harus gunakan peluang ini.

      Delete
  5. Baguslah, harap projek ini dapat menjana ekonomi Sabah sekaligus dapat meningkatkan taraf kehidupan penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek samur ini ini pasti akan dapat menaikkn ekonomi sabah dan di harapkan sabah tidak akan lagi menjadi Negeri termiskin pada masa akan datang.

      Delete
    2. projek ini memang dijangka akan memberikan keuntungan dari aspek ekonomi dan pembangunan.

      Delete
    3. penduduk Sipitang dan daerah sekitarnya sudah pasti golongan yang sangat bertuah dengan kewujudan projek Petronas ni.

      Delete
  6. Peluang pekerjaan yang terbuka luas tu harus direbut oleh penduduk. At least ada juga pekerjaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. byk peluang pekerjaan akan wujud, penduduk tempatan harus ambl peluang ini untuk mendapatkan pekerjaan dan meningkatkan pengetahuan dalam industri ini.

      Delete
  7. Namun perkara paling penting ialah kerajaan harus memastikan projek itu dapat dilaksanakan sepertimana yang telah dirancang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..pastikan perlaksanaannya berjalan lancar sepeti yang dirancang.

      Delete
  8. Jangan lagi bagi janji kosong pada rakyat. Nanti makin pula rakyat jauh hati dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  9. Semoga semuanya berjalan lancar dan all the best kepada pelaksanaan projek ini.

    ReplyDelete
  10. Harap projek ini dapat berjalan dengan lancar, dan dapat membantu penduduk sabah untuk menceburkan diri dlam bidang ini.

    ReplyDelete
  11. semoga semuanya berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  12. projek samur ini pasti akan menjadi pemacu utama kepada pembangunan Sabah khususnya daerah Sipitang.

    ReplyDelete
  13. Semoga projek ini akan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  14. Projek ini akan mengubah ekonomi di kawasan sipitang. Pelbagai peluang pekerjaan akan diberikan keutamaan kepada penduduk kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  15. baguslah. projek tu pasti boleh memberi manfaat kepada kepada socio ekonomi setempat dan juga Sabah.

    ReplyDelete
  16. saya harap projek ini benar2 siap dan boleh beroperasi pada tahun 2015.. pastikan objektif projek Samur ini benar2 dapat dicapai terutamanya dalam memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan Sabah..

    ReplyDelete