Saudara Pengarang,
TERAMAT menyedihkan bahawa balak yang dikeluarkan secara haram dari Konsesi Yayasan Sabah YS3/07(2) YS3/07(3), YS3/07(4) yang dikendalikan oleh Runlong Sdn Bhd (Lesen Eramewah) yang diterajui oleh Ahieng dikenali dengan kod LDD singkatan untuk Ling Ding Dieng (Simon Ling).
Projek terkini mereka (sejak 12 Februari 2012 sehingga kini) adalah 'Tumbang Sapsai' di Coupe YS3/07(2) iaitu menumbang balak di bawah dan di atas ukur lilit yang dibenarkan termasuk ibu pokok, spesis larangan, pencerobohan tanah tinggi dan simpanan sungai (reparian reserve).
Manakala kawasan RIL (reduce impact logging) tidak langsung diambil peduli kerana tidak mendatangkan untung yang banyak disebabkan terpaksa membayar royalti dan hanya untuk hiasan sahaja.
Paling menyakitkan hati ialah sikap buat tidak tahu pihak Yayasan Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah yang nyata sekali turut serta bersekongkol dalam usaha murni kompeni balak memeras hasil bumi hutan simpan Sabah yang dipertanggung jawabkan kepada mereka.
Kesibukan mereka kononnya memantau aktiviti pembalakan hanya lakonan semata mata kerana lebih banyak masa dihabiskan di kongsi atau di pejabat daripada di lapangan dan hanya menunggu imbuhan dari hasil balak haram/terbang (LDD) dari Runlong untuk menutup mata dan mulut mereka.
Memang sukar untuk dipercayai; "But seeing is believing!". Datanglah beramai-ramai untuk melihat sendiri ke tempat YS3/07(2) dan coupe sekitarnya yang kelihatannya HARAM untuk SPRM melangkahkan kaki ke situ; sedangkan fakta dan bukti banyak berselerakan tanpa disembunyikan lagi.
Salam Hormat,
SERENITY PINKY
Hope that this issue with illegal logging will be investigated by the police. Make sure that the regulations regarding logging are strictly enforced.
ReplyDeletedakwaan ini harus disiasat mengetahui kesahihannya.
DeleteIf the proof and facts are already there, just allow the MACC to investigate into his case.
ReplyDeletepengadu buatlah loporan rasmi jika benar ada bukti terhadap pekara ini.
Deletehal ini kena disiasat, jgn biarkan ia berleluasa.
ReplyDeletebuat laporan rasmi kepada SPRm..
ReplyDeleteMcm mana jugta ba sprm boleh terlepas pandang hal sebebgini. Hairan, takkan dorang tak noticed???
ReplyDeletemungkin belum ada bukti yang menunjukkan perkara ini ada kebenaran. jadi, jika pihak yang membuat aduan ni ada bukti yng kukuh, lebih baik tampil ke depan dengan menyertakan bukti2 yang ada.
DeleteTapi siapa yang ada bukti tu, bantulah sprm at least dapat juga memudahkan siasatan mereka. Lagipun kalau selesai, kan ramai pihak akan happy. hehehe
ReplyDeleteya..jika ada bukti serahkanlah kepada SPRM untuk membantu siasatan.
DeleteSemoga perkara ini mendapat perhatian serius dan diselesaikan segera sebelum bertambah teruk.
ReplyDeleteJika betul bersalah, pastikan tindakan tegas dikenakan supaya jadi pengajaran pada umum.
ReplyDeletebetul..pihak yang bersalah pasti akan mendapat balasannya.
DeleteApapun, kita tunggu hasil siasatan sprm dulu. Jangan terlalu awal buat kesimpulan, mana tau silap:P hehe
ReplyDeletetidak mungkin SPRM tidak mengambil tindakan jika perkara ini benar
ReplyDeletekemungkinan ada pihak yang membuat laporan palsu sehingga SPRM pun tidak menyedari akan hal ini
ReplyDeletesetuju dengan cadangan mike iaitu buat laporan rasmi dan hantar kepada SPRM
ReplyDeletehanya dengan ini sahaja SPRM dapat bertindak dan menjalankan siasatn samada berlakunya penyelewengan
ReplyDeleteapa pun, semoga isu ini dapat perhatian SPRM dengan segara
ReplyDeleteif they are found guilty, serious action must be taken against them.
ReplyDeletemereka yang ada bukti tunjukkan lah kepada sprm agar siasatan dan tindakan dapat diambil.
ReplyDeleteKenapa tidak ada tindakkan diambil kepada mereka ini.
ReplyDeleteSebaiknya sediakan bukti yang kukuh untuk memberikan kenyataan. Mungkin benar apa yang dicakapkan namun jika tidak ada bukti maka dakwaan itu tidak berguna langsung.
ReplyDeleteBetul. Apa-apa tuduhan perlukan bukti.
Deletepihak Yayasan Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah perlu memberi penjelasan dan kerjasama berhubung perkara ni. isu ini boleh menjatuhkan imej kerajaan.
ReplyDeletePenyelewengan tidak seharusnya dibiarkan. Tindakan harus diambil. Jika tidak kesalahan akan bertambah besar.
ReplyDeleteSPRM dan Jabatan Alam Sekitar perlu datang ke tempat ini dan jalankan siasatan segera.. jika benar seperti yang didakwa, tolong ambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang terlibat..
ReplyDeleteKuasa yang ada jangan disalahgunakan untuk kepentingan diri.
ReplyDelete