Sunday 26 February 2012

TONY PUA DEDAH PERJANJIAN PINJAMAN NFC

DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN NFC

Oleh : KUEK SER KUANG KENG

AHLI Parllimen Petaling Jaya Utara, MP Tony Pua hari ini mendedahkan kandungan perjanjian pinjaman antara National Feedlot Corporation (NFC) dengan kerajaan, yang mengesahkan persepsi bahawa ia berat sebelah dan pembelian hartanah mewah melanggar perjanjian tersebut.

Dokumen 35 muka surat itu dengan jelas menyatakan bahawa tujuan pinjaman mudah dari kerajaan itu pada kadar faedah tahunan dua peratus adalah semata-mata untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan.

Oleh itu, katanya, kenyataan sebelum ini yang dibuat oleh pengarah NFC bahawa pinjaman itu boleh digunakan untuk pelaburan hartanah, adalah tidak betul sama sekali.

Dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini, Pua turut mengedarkan salinan perjanjian pinjaman itu kepada pemberita.

Beliau juga menyifatkannya sebagai "satu perjanjian pinjaman terburuk yang pernah dilihatnya".

Pua mendakwa bahawa dokumen itu adalah tulen dan yang diberikan oleh sumber yang tidak dinamakan.

11 comments:

  1. Hopefully this finding will be taken into account pertaining this scandal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The more findings that we are able to extract, the quicker this case can be resolved, I hoped.

      Delete
  2. A stern actions should follow suit against the guilty party.

    ReplyDelete
  3. dokumen perjanjian pinjaman ini mungkin boleh digunakan oleh SPRM untuk siasatan.

    ReplyDelete
  4. The NFC issue needs to be resolve in the best possible way, hopefully the problems can be put to rights.

    ReplyDelete
  5. Tony Pua ni masuk2 campur pula dalam kes ini. biarlah SPRM yg siasat. pasal dokumen pinjaman tu dari mana Tony mendapatnya?

    ReplyDelete
  6. tidak payahlah Tony Pua sibuk menyiasat konon mahu jadi hero.. polis sudahpun bawa isu ini kepada peguam negara untuk tindakan selanjutnya.. so tidak payah la dedah2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik serah pada SPRM. semua tu cuma menganggu tugasan SPRM.

      Delete
  7. bukti itu patut dalam simpanan pihak polis, bukan ditangan ahli politik seperti Tony Pua..

    ReplyDelete
  8. Sebaiknya perjanjian yang terlah ditandatangani perlulah dituruti dan tidak patut dilanggar perjanjian.

    ReplyDelete
  9. Ah...dari siapa ya "bukti" itu?? Nampaknya mata-mata berada di sekeliling.

    ReplyDelete