Thursday 23 February 2012

TRAGEDI SUKAU, BUKAN TITIK AKHIR TAMBANUO



Oleh : JAMES AIT

TERLEBIH dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam kes Tragedi Sukau. Kita telah melihat bahawa keputusan mahkamah telah pun dikeluarkan. Kepada pihak yang menang dalam kes ini, kita ucapkan tahniah. Bagi yang tewas, saya ingin mengatakan bahawa kekecewaan itu bukan milik anda semata-mata. Sebagai masyarakat Tambanuo, kekecewaan itu juga dirasai oleh kita semua.

Saya percaya bahawa pihak mahkamah telah melakukan suatu penghakiman yang adil dan pihak peguam yang mewakili bangsa Tambanuo juga telah menjalankan tugasnya.

Bangsa Tambanuo tidak boleh menjadikan keputusan itu sebagai hukuman kepada kita. Kita perlu melihat bangsa kita di hari esok. Perkara yang berlaku kepada bangsa kita hari ini, adalah sejarah generasi kita hari esok. Usaha yang kita lakukan hari ini adalah penentu ke mana dan di mana generasi kita hari esok.

Tragedi yang berlaku sekarang kepada bangsa Tambanuo, memperlihatkan kepada generasi Tambanuo hari esok bahawa generasi Tambanuo hari ini berada dalam situasi yang menuntut suku-suku dalam bangsa Tambanuo untuk bersatu mengukuhkan nilai kekeluargaan, tanpa melihat dari sudut anutan ugama, latar belakang kehidupan dan fahaman politik.

Kegagalan untuk bersatu adalah punca kegagalan bangsa Tambanuo mempertahankan tanah air yang diwariskan oleh nenek moyang kita sejak ribuan tahun yang lalu.

Bangsa Tambanuo perlu sedar bahawa hanya bangsa Tambanuo yang boleh membantu bangsa ini. Bangsa Tambanuo perlu sedar bahawa tidak ada bangsa lain yang boleh membantu sesuatu bangsa kecuali bangsanya sendiri.

Perjuangan ini belum selesai. Kita jadikan keputusan sekarang sebagai permulaan untuk suku-suku bangsa Tambanuo supaya bersatu. Kita perlu belajar identiti bangsa kita sebenar bukan melalui apa yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu kepada bangsa kita.

Kita perlu belajar identiti bangsa kita melalui sejarah nenek moyang kita. Saya percaya sejarah nenek moyang kita boleh membantu bangsa Tambanuo membela hak bangsa kita sendiri di tanah air yang diwariskan sendiri oleh nenek moyang kita.

Saya menyeru kepada semua suku-suku bangsa Tambanuo bersatu dalam perjuangan STAR di bawah pimpinan Pejuang Generasi Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan. Kita perlu mengambil peluang menukar kerajaan yang ada sekarang sebagai pilihan kita memperjuangkan nasib bangsa kita. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Ini kalilah!

13 comments:

  1. Identiti bangsa tidak harus dilupkan sekali. Bangsa Tambanuo perlulah membela hak bangsa mereka yang diwarisi nenek moyang mereka.

    ReplyDelete
  2. Penduduk Tambanuo perlulah bersatu di bawah parti yang mereka yakini. Pilihalah parti yang boleh memperjuangkan hak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. kena pastikan mereka memilih parti yang tepat.

      Delete
  3. bukan sahaja bangsa Tambanuo, tapi setiap bangsa kena mempertahankan identiti mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mempertahankan identiti bangsa atau kaum tidak perlu melalui saluruan parti politik seperti yang dicadangkan oleh penulis kepada kaum Tambanuo..

      Delete
  4. perpaduan dan kesatuan di kalangan kaum Tambanuo itu sendiri perlu ada. elakkan berlaku perpecahan kerana inilah yang membuatkan mereka telah tewas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. dan jangan sekali2 terpedaya dengan parti politik yang kononnya mampu membela nasib mereka.. lebih2 lagi setelah terbuktinya parti itu hanya berjuang untuk mendapatkan jawatan kabinet negeri..

      Delete
  5. Kesian dorang. Tapi tidak apalah, masih ada peluang lagi untuk lakukan perubahan.

    ReplyDelete
  6. Buatlah pilihan yang tepat next GE nanti. At least pemimpin yang dipilih itu dapat membantu kita utk mempertahankan hak kita.

    ReplyDelete
  7. diakhir perenggan cukup untuk menjelaskan bahawa ada pihak yang mahu mencari kesempatan disebalik kesempitan yang dihadapi oleh kaum Tambanuo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam hal2 seperti tu memang ada pihak yang akan ambil kesempatan. Sudah tentu akan mendatangkan kebaikan kepada dirinya.

      Delete
    2. They shouldn't put high hope on STAR.

      Delete
  8. Benar..Jangan cepat mengalah walaupun kalah itu tidak bermakna berakhir disini saja.

    ReplyDelete