Thursday, 23 February 2012

JANGAN POLITIKKAN ISU GOMANTONG


WAWANCARA....Nagra sedang diwawancara Sabahkini.Net mengenai isu Sarang Burung Gua Gumantong yang semakin panas

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KELUARGA Pewaris Sarang Burung Gua Gumantong, Nagra Kassim membidas kenyataan Pg Ismail Pg Abdul Hamid yang tersiar di Portal Online Sabahkini.Net yang bertajuk 'Tender Sarang Burung Olok-Olok' pada 20 Februari yang lalu.

Nagra menyifatkan kenyataan Pg Ismail yang mengaitkan Ketua Menteri Sabah kononnya bersekongkol dalam hal-hal tender menender sarang burung disifakan sebagai kebudak-budakan dan tidak masuk akal.

“Kita harus akur apa juga keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan. Kita tidak boleh menentangnya. Ini sudah menjadi dasar kerajaan. Siapa sahaja dipilih, maka mereka layak dapat tender. Soal kroni atau proksi, macam mana mahu buktikan?,” tanya Ngara.

Tegas Nagra, mengaitkan Ketua Menteri sebagai dalang dalam meluluskan tender-tender sarang burung di Gua Gumantong adalah keterlaluan dan dakwaan liar yang tidak bertanggung jawab.

"Jika mereka ada bukti, kenapa tidak adukan kepada SPRM? Jika ingin membuat tuduhan, biarlah berasas dan bukannya hanya mahu membalas dendam secara rambang kepada pegawai Hidupan Liar dan menuding jari kepada Ketua Menteri," kata Nagra yang meyakini tender Jabatan Hidupan Liar dibuat secara telus dan mengikut akauntabiliti kerajaan.

Menurut Nagra, sebagai ahli UMNO dan penyokong setia Datuk Musa, beliau tidak rela sama sekali orang ramai mahupun pewaris melemparkan tuduhan liar dan fitnah terhadap Ketua Menteri, terutama dalam hal remeh temeh dan tidak ada kena mengena dengan beliau.

"Kekayaan Pg Ismail adalah di atas kemurahan hati Datuk Musa yang memberi peluang dalam serba serbi. Tidak wajarlah jika gagal mendapat tender tahun ini terus membakar jambatan dan menggigit jari yang menyuapkan makanan kepadanya selama ini," ujar Nagra yang mengakui ramai jutawan bumiputera lahir daripada Gomantong.

Nagra turut memberi amaran agar jangan mempolitikan isu sarang burung dan pewaris kerana Gomantong adalah tunjang ekonomi orang Sungei dan bukti Kerajaan Negeri prihatin terhadap nasib orang Sungei yang menjadi pewaris gua berkenaan.

22 comments:

  1. Harap isu Tender Sarang Burung ini tidak akan dipolitikkan demi kebaikan sesetengah pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah sikap sesetengah pihak yang suka mempolitikkan isu yang tidak patut.

      Delete
    2. cari jalan penyelesaian bukannya terus mempolitikkan isu ini semata2.

      Delete
    3. Hal sebegini tidak perlu di politikkn untuk kepentingan diri sendiri.

      Delete
  2. Pemberian Tender Terbuka perlulah dilaksanakan dengan adil dan saksama. Syarikat yang memohon, keputusan dan juga mengapa syarikat tersebut dipilih perlulah dipaparkan dalam surat khabar supaya menunjukkan ketelusan dan integriti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap unsur kronisme tidak berlaku dalam pemberian tender.

      Delete
  3. How ironic: This matter should not be politicized.

    ReplyDelete
  4. The selection process is fair and based on the rule of thumb.

    ReplyDelete
  5. Should there are proof regarding of mishandling of this tender award, it should be filed to SPRM.

    ReplyDelete
  6. Hopefully the state government will continue to safeguard the people's interest, regardless of their ethnicity.

    ReplyDelete
  7. Hopefully in the future there will be no instances ever occurred.

    ReplyDelete
  8. tak perlulah nak buat tuduhan jika tak ada asas dan bukti. hentikan fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siasatan perlu dilakukan untuk memastikan perkara tersebut benar atau sebaliknya.

      Delete
    2. Jangan mengaitkan nama PM kita jika tidak ada bukti yang kukuh

      Delete
    3. tuduhan tidak berasa hanya akan mengelirukan saja.

      Delete
  9. Sedar ata tidak, setiap perkara pasti akan TERkait dengan politik. Appaun, alasannya, yang pasti banyak hal yang sukar dipisahkan dari politik:P

    ReplyDelete
  10. Dalam isu ni, kalau tidak ada bukti kukuh tak payahlah bising2. Tunggu sajalah hasil siasatan utk pastikan dakwaan itu betul atau tidak.

    ReplyDelete
  11. Tapi kalau sah betul, jangan alang-alang ambil tindakan. Biar terus jadi pengajaran!!

    ReplyDelete
  12. jika pengadu sahaja yang dapat tender, yang lain pun tidak akan puas hati..

    ReplyDelete
  13. sabar saja la dengan keputusan pihak kerajaan.. mana boleh kau saja makan sendiri2..

    ReplyDelete
  14. Kalau benar ada bukti kenapa tidak bawa kes ini kepada SPRM?? Anda berani..

    ReplyDelete
  15. Kalau Pg Ismail dapat tender tu, confirm tidak bising-bising kan?? Jangan tamaha sangat bah..

    ReplyDelete