Saturday 4 February 2012

UMS NAFI SERBUAN OLEH SPRM

LAPORAN akhbar mengaitkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) diserbu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah tidak benar.

Sebaliknya, Naib Canselor UMS Datuk Kamaruzaman Ampon sendiri yang mengarahkan Bahagian Audit Dalam UMS supaya meminta khidmat SPRM untuk menjalankan siasatan ke atas universiti itu selepas mengesyaki terdapat penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam pengurusan pentadbiran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini Jumaat , langkah itu antara usaha UMS mengukuhkan integriti di kalangan warga UMS agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan penyelewengan dan salah guna kuasa, termasuk terjebak dalam gejala rasuah.

Sejak mengetuai pentadbiran UMS pada 2008, Kamaruzaman telah mengarahkan Bahagian Audit Dalam untuk menggiatkan siasatan di setiap jabatan, sekolah, pusat, institut dan unit dalam universiti itu bagi menghindari berlakunya gejala salah guna kuasa.

Hari ini, sebuah akhbar tempatan di Sabah melaporkan universiti itu diserbu oleh SPRM bagi menyiasat dakwaan tuntutan palsu melibatkan kontrak bernilai RM43 juta yang mana seorang Timbalan Ketua Umno bahagian bergelar 'Datuk' berusia 41 tahun didakwa turut terlibat. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment