Friday 17 February 2012

WARTAWAN DIMAKI HAMUN POLIS BANTUAN



BEBERAPA wartawan yang sedang membuat liputan kejadian kebakaran yang mengorbankan dua nyawa di Kampung Gudon, Menggatal dekat sini kelmarin terkilan berikutan tindakan seorang lelaki yang menghalang mereka daripada menjalankan tugas.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, keadaan di lokasi kejadian tegang seketika apabila lelaki terbabit yang juga dikatakan seorang anggota ‘polis bantuan’ menghalang tugas wartawan terbabit selain mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka.

Lelaki berjaket terbabit yang dikenali sebagai ‘Mahathir’ juga dilihat bertindak menunjukkan garinya kepada salah seorang jurugambar wanita yang merakam situasi cemas itu sambil mengugut supaya memadamkan foto kejadian yang telah diambil.

Ekoran itu, seorang wartawan termasuk jurugambar yang berada di tempat kejadian ketika itu difahamkan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya dan untuk tujuan kesemalatan mereka.

Dalam kejadian kebakaran itu, dua beradik yang berumur 7 dan 2 tahun rentung selepas terperangkap di tingkat atas rumah terbabit. (UTUSAN BORNEO)

8 comments:

  1. Hopefully the police head of department will be able to look into this issue.

    ReplyDelete
  2. Maybe its best we listen to both side of the story first.

    ReplyDelete
  3. perkara ini sepatutnya tidak berlaku. seorang polis perlu menunjukkan imej positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa2 kejadian polis akan mendapat imej buruk kerana ada polis berlakuan tidak sepatutnya sebagai seorang anggota polis.

      Delete
  4. sebagai anggota Polis, dia kena ada etika ketika menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  5. Apa sebenarnya yang anggota polis itu cuba lakukan. Itu tugas dan tanggungjawab wartawan maka seharusnya memberikan kerjasama.

    ReplyDelete
  6. kalau sudah buat laporan, serahkan saja kes itu kepada pihak polis.. mungkin disebelah pihak juga mempunyai penjelasan sendiri kenapa beliau bertindak sedemikian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesudah buat laporan polis biar polis saja siasat.

      Delete