HADIR....Ketua Cabang PKR Kuala Penyu, John Gani turut hadir Majlis Dialog yang diketuai oleh Taufick.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : TAUFICK HJ RUSCHI
RAKYAT Sabah semakin meluat dengan sikap 'JADONG' (Jahil, Bodoh dan Sombong) ahli dan pemimpin UMNO yang cepat melenting jika parti-parti pembangkang mengkritik parti dan pemimpin mereka.
Tetapi jika UMNO yang memaki hamun dan mengkafir-kafirkan orang; mencerca dan memfitnah sehingga ada yang merengkok dalam penjara selama bertahun-tahun, mereka langsung tidak prihatin kerana sudah menjadi tradisi mereka.
Ketua Cabang PKR Beaufort, Taufick Haji Ruschi berkata dalam satu majlis Sesi Dialog dengan para penyokong Parti Pakatan Rakyat yang diadakan di pejabat PKR Kuala Penyu baru-baru ini.
Taufick berkata, kejahilan, kebodohan dan kesombongan sesetengah ahli UMNO dan pemimpinnya membuatkan rakyat sudah bosan dan muak kerana sering bercakap takbur dan mendabik dada seolah-olah UMNO/BN parti yang terkuat dan tiada saingannya di negara ini, termasuk Sabah dan Sarawak.
“Mereka hanya tahu mencari kesilapan dan kesalahan orang lain, sedangkan kesalahan mereka dengan memberikan Mykad kepada rakyat asing yang baru saja tinggal di negara ini; khususnya di Sabah sehingga mencecah 1.2 juta mereka tidak ambil kisah langsung," Taufick.
Malahan majoriti mereka, kata Taifuck, tidak menyokong penubuhan RCI walaupun parti-parti komponen BN lainnya seperti PBS, UPKP, PBRS dan LDP menyokong tetapi; ditolak mentah-mentah oleh para pemimpin UMNO kerana tidak bersetuju cadangan tersebut kerana bimbang menggugat 'Fixed Deposit' ciptaan mereka.
Apapun tambah Taufick, semuanya terpulang kepada rakyat yang menjadi juri dan hakim dan sebagai penentu hala tuju parti-parti untuk menjadi tampuk pemerintahan di negara ini, khusus di Sabah pada pilihanraya umum akan datang.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Cabangan PKR Kuala Penyu John Gani dan para pemimpin kanan Parti Pakatan Rakyat, Beaufort dan Kuala Penyu.
I can tell the people are rather upset since they even coined a new word for it- Jadong. The leaders should change their ways so that they can serve the people better.
ReplyDeleteArrogance, ignorance and stupid is not the qualities that a leader should have. Change or be changed.
ReplyDeleteSemua pun cakap diri sendiri hebat tapi betul ka???
ReplyDeleteinilah politik..masing-masing cakap sendiri saja yang betul..
Deleterakyat kenalah pandai menilai. memang tiada yang mahu memburuk2kan diri sendiri. semua mahu menyakinkan rakyat yang mereka layak disokong dan dipercayai.
DeleteSyukur juga si Taufick ni sedar diri sebab semuanya pun terpulang kepada rakyat menentukan hala tuju parti-parti untuk menjadi tampuk pemerintahan di negara ini, khusus di Sabah pada pilihanraya umum akan datang.
ReplyDeleteSemuanya terserah pada rakyat untuk menentukan. harap2 rakyat dapat mengundi dengan bijak.
DeleteKalau saya lah kan, w/pun saya tak pro umno/bn/gov, tapi saya tak nafikan ada juga sumbangan dorang buat rakyat. Tapi pembangkang???
ReplyDeleteBiasala itu la kerja pembangkang, apa yang BN buat semua tidak betul durang saja yang paling pandai.
Deletepembangkang hanya banyak mengkritik tapi kurang menyumbang idea atau penambahbaikan.
Deleteitu menunjukkan Pembangkang lagi 'Jadong'. tau mengkritik saja, tapi tindakan KOSONG.
Deletepembangkang sebenarnya berperanan sebagai pelengkap kerajaan dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terjaga. cuma bila pihak pembangkang bermain politik kotor, itulah yang menjadi masalah.
DeleteTapi saya puji usaha pembakang yang asyik memburukkan umno/bn. At least umno/bn lebih serius dan fokus dalam menjalankan t/jawab mereka terhadap rakyat.
ReplyDeleteBaik umno/bn mahupun pembangkang, semuanya sama juga kerana ada peranan masing-masing. Jadi biarlah rakyat sendiri yang buat pilihan.
ReplyDeletesetuju..biar rakyat sendiri yang tentukan pilihan mereka.
Deletebenar, semuanya terpulang kepada rakyat yang menjadi juri dan hakim di PRU13 nanti.
ReplyDeletetidak ada gunanya pihak kerajaan maupun pembangkang untuk mencerca atau mencari kesilapan dan kesalahan pihak lawan masing-masing
ReplyDeletetapi mengkritik untuk kebaikan tu bagus juga. masing2 dapat memperbaiki kelemahan yang ada bagi menyempurnakan tanggungjawab terhadap rakyat.
Deleteyang penting, suara rakyat jangan diketepikan
ReplyDeletesetuju..suara rakyat harus sentiasa diberikan perhatian.
Deleteparti yang ikhlas memperjuangkan matlamat mereka demi kepentingan bersama sudah tentu akan mendapat sokongan dari rakyat
ReplyDeleteSebab itu Bn masih relevan sampai sekarang sebab masih mendapat sokongan rakyat lagi.
DeleteBN indeed strong in Sabah, not easy for opposition to replace them. Anyway, hope the government understand more about what the people's needs.
Deletebetul tu Anon. sekarang ni pun berlaku keretakan dalam parti2 pembangkang sendiri. jadi,agak sukar untuk mereka mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan.
Deletebiarlah rakyat menjadi penentu parti mana yang akan menjadi tampuk pemerintahan di negara ini bila tiba PRU13 nanti
ReplyDelete"RAKYAT Sabah semakin meluat dengan sikap 'JADONG' (Jahil, Bodoh dan Sombong) ahli dan pemimpin UMNO yang cepat melenting jika parti-parti pembangkang mengkritik parti dan pemimpin mereka."
ReplyDeleteNot only the UMNO leaders are like that, even the opposition leaders too. People shouldn't be too quick to judge.
betul tu, kadang2 pembangkang pun 'JADONG' juga, biasalah politik kn.
Deletekadang2 sikap pemimpin/ahli parti tu yang membawa imej buruk kepada parti secara keseluruhannya. jadi, kena berhati2 dalam setiap perbuatan dan tutur kata.
DeleteI wouldn't be too quick to trust PKR. They are good at making promises, but question is, could they actually fulfil it?? The recent promise of increase the oil royalty from 5% to 20% sounds difficult to achieve.
ReplyDeleteSaya sokong, PKR hanya tau berjanji sahaja, belum tentu dapat menunaikan janji. hanya mimpi di siang hari sahaja. rakyat jangan cepat terpedaya.
DeleteElection is just around the corner, that means the clock is ticking very fast. All parties must strive hard to get the people support. Leaders must be aware of the issues that the people is facing and find solution to it.
ReplyDeletePembangkang suka memburukkan kerajaan, harap BN sentiasa fokus apa yang penting, jangan peduli apa yang pembangkang cuba buat.
ReplyDeleteSetiap usaha kerajaan tetap akan dikritik oleh pembangkang.
Deletesiapa yang mampu untuk memenangi hati rakyat, maka parti itulah yang akan menang.
ReplyDeletepemimpin pembangkang pun ramai jg yang jadong, malah lebh teruk lagi..
ReplyDeleteBukan sahaja pembangkang merosakkan BN, tetapi BN juga buat yang sama. Apa bezanya?
ReplyDeleteMakin ramai golongan kecewa dengan kerajaan BN, najib harus memperbaiki kelemahan tersebut.
ReplyDeleteIm ok to any party as long as they are willing to bring Sabah to a more develop stage in terms of economy, good education system etc.
ReplyDeleteLets the people do their job to select the best for them.
ReplyDeleteTidak perlulah parti pembangkang cakap pemimpin UMNO yang cepat melenting jika parti-parti pembangkang mengkritik parti dan pemimpin mereka sedangkan selama ini saya boleh nilai juga sendiri yang parti Pembangkang lebih teruk dari BN apa bila dikritik dan sebagainya. Lebih teruk lagi sehinggakan memberontak untuk menafikan apa yang dikatakan. Jadi sedar-sedar sebelum berkata-kata.
ReplyDeleteMengata dulang, paku serpih, mengata orang, dia yang lebih. Begitulah apa yang sering berlaku sekarang.
DeleteYang penting sekarang kita nampak kerajaan telah cuba membantu penduduk Sabah dengan pelbagai projek dan pembangunan dilakukan.
ReplyDeleteapa kurangnya dengan kenyataan Taufick di atas.. kira sama juga la..
ReplyDeletesaya rasa Pakatan lagi teruk.. jika ada orang awam yang mempertikaikan mana2 pemimpin meraka, abis orang awam itu dihina dengan pelbagai kata2 kesat.. bila pemimpin2 mereka sendiri yang mempertikaikan parti atau pemimpin mereka, alamat kena pecat la pemimpin itu..
ReplyDeleteABU = Anwar bukan utama
DeleteBe professional. Don't easily get emotional.
ReplyDelete