Sunday 7 October 2012

RAKYAT SULABAYAN MAHUKAN ADUN BARU





SAINGAN......Ghazalie (kanan) pilihan rakyat Sulabayan setelah Harman umpama 'Barang Terpakai' yang tidak lagi dapat dikitar semula.


Oleh : SHAIMON S JUMADI

PERGOLAKAN parti-parti politik yang kini sedang melanda Daerah Semporna sama ada yang melibatkan parti UMNO/BN mahupun juga parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat khususnya Parti Angkatan KeADILan Rakyat (PKR) telah menjadi topik hangat  setiap hari di kedai-kedai kopi oleh para pemerhati politik atas pagar mahupun ahli-ahli parti itu sendiri.

Cerita mengenai Kemelut PKR pula, kebanyakan mereka yang menjadi ahli PKR tiada lain fokus dan niat mereka mahu jadi calon pada PRU 13 nanti sehingga fenomena ini menjadi rebutan  dan berlakunya pecah belah antara semasa sendiri.

Sementara dalam parti komponan BN/UMNO pula mereka masing-masing melobi calon sama ada ditujukan kepada Presiden UMNO mahupun kepada Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional  yang juga selaku Ketua Menteri Sabah.

Dalam tugas rutin Sabahkini.Net  selama tiga hari berada di daerah Semporna, ramai yang mengadu dan menceritakan mengenai pergolakan dan senario politik yang melanda di daerah ini.


 


SOKONGAN.....Ghazalie (tengah) mendapat sokongan padu penduduk Sulabayan untuk merubah nasib dan masa hadapan mereka.

Menurut laporan yang diterima daripada beberapa guru-guru yang terdiri anak jati Semporna, mereka mahukan perubahan besar sama ada dalam arus perdana pembangunan infrastruktur mahupun perubahan corak dalam kepimpinan.

Dalam tinjauan Sabahkini.Net ke beberapa kawasan perkampungan di bawah naungan DUN Sulabayan yang diwakili Haji Harman Mohammad, dikatakan gagal membangunkan DUN berkenaan.

Terdapat nisbah peratusan penduduk di kawasan Sulabayan yang masih menyayangi Barisan Nasional; tetapi mereka kesal kerana diberikan Wakil Rakyat yang langsung tidak berfungsi, malah tidak menepati janji, tidak amanah dan pilih kasih dalam agehan pembangunan.





KEMISKINAN......Wajah kemiskinan ini merupakan lumrah di Sulabayan kerana Harman gagal membangunkan kawasannya.

 
Senario politik ini dijelaskan seorang guru, Cikgu Sulaiman  yang menceritakan kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan kelmarin.

Ketika ditanya siapakah calon paling sesuai untuk menggantikan tempat Haji Harman di DUN Sulabayan, kata Cikgu Sulaiman, rata-rata penduduk mahukan seorang penduduk asal Sulabayan tetapi masih lagi  menjawat jawatan awam di salah sebuah Jabatan Kerajaan Persekutuan.

"Orang yang kami maksudkan ialah Ghazali Hindi yang sewajarnya diberi peluang mewakili BN di Sulabayan," ujar Cikgu Sulaiman yang sewajarnya dinilai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Kata Cikgu Sulaiman lagi, Ghazalie merupakan seorang anak muda yang berwawasan tinggi dan berpandangan jauh serta mempunyai kelulusan akademik yang mencukupi untuk menebus dosa yang ditinggalkan Harman selama menjadi ADUN Sulabayan.


No comments:

Post a Comment