Oleh : LU WEI HOONG
PAKATAN Rakyat tidak cukup
kuat untuk menewaskan BN di Sabah walaupun gabungan pembangkang dari
Semenanjung itu telah dapat menembusi negeri di Malaysia Timur itu, kata
seorang penganalisis politik.
Bercakap dalam satu forum di
Kuala Lumpur malam tadi, penganalisis tersebut yang tidak mahu namanya
disiarkan, berkata parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak bekerjasama dengan
baik dengan parti-parti di Sabah.
"Saya fikir (bagi)
pembangkang untuk menumbangkan BN di Sabah, ia mesti bersatu dan membentuk pakatan
pembangkang yang sangat kuat.
"(Bagaimanapun) saya
tidak fikir ia sedang berlaku sekarang," katanya di forum yang diadakan
untuk menandakan pelancaran buku Democracy At Stake? Examining 16 By-election
in Malaysia, 2008-2011 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Ahli akademik itu berkata
kemungkinan berlaku pertandingan banyak penjuru di kalangan parti-parti
pembangkang akan mengurangkan sebarang peluang mereka untuk menang.
Masalah ini mungkin dapat
diselesaikan jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memujuk orang
kuat Sabah seperti Jeffrey Kitingan untuk bersama Pakatan.
Bagaimanapun, beliau
merasakan adalah sangat sukar bagi Pakatan untuk memujuk orang yang berfikiran
bebas seperti Jeffrey.
"Jeffrey kata partinya
(State Reform Party) mahu bertanding semua 60 negeri kerusi di Sabah dan empat
hingga lima kerusi (parlimen) majoriti Kadasan Dusun," kata penganalisis
lagi.
Jika perancangan Jeffrey itu
diteruskan, maka ia akan menjejaskan peruntukan kerusi di kalangan parti-parti
pembangkang yang mahukan pertandingan satu lawan satu dengan BN.
Beliau juga berkata tindakan
dua ahli Parlimen (MP) BN Sabah keluar BN baru-baru ini tidak banyak
menguntungkan Pakatan.
Katanya, Anwar sedang cuba
menggunakan Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim Ukin, tetapi beliau tidak fikir
yang pengaruh mereka akan melampaui Tuaran.
Beliau menasihatkan Anwar
supaya memberi perhatian yang lebih kepada isu-isu tempatan untuk meningkatkan
peluang Pakatan Rakyat menang ke atas Sabah.
Pada bulan Ogos, MP Tuaran
Bumburing dan MP Beaufort Lajim keluar dari BN untuk menyertai Pakatan.
No comments:
Post a Comment