Oleh : CITRA MASADI
TINDAKAN Adun Sekong, Datuk
Haji Samsudin Yahya menggesa agar RCI menyiasat asal usul Ketua Pemuda PAS,
Lahirul Latigu yang ditakrifnya sebagai PATI ketika membahaskan Belanjawan
Negeri Sabah 2013 di Dewan Undangan Sabah baru-baru ini merupakan tindakan
bodoh seperti menggali kubur sendiri.
Bagaimanapun saya
mengalu-alukan gesaan Samsudin kerana Panel RCI perlu menyiasat kenapa
permohonan bapa Lahirul iaitu Latigu Laando yang membuat permohonan kewarganegaraan
mengikut lunas undang-undang belum diluluskan; tetapi dalam masa yang sama Jabatan
Pendaftaran Negara memberikan kerakyatan songsang kepada Pia Bte Dahlan, PATI
Filipina yang memalsukan keterangan diri dan mengaku sebagai anak saudara TYT
Sabah.
Bagi saya, kerakyatan Lahirul adalah sah menurut undang-undang kerana salah seorang ibu atau bapanya
adalah warganegara Malaysia; selaras dengan Bahagian II [Perkara 14(1)(B)]
Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang; sekalipun bapanya masih
memegang kerakyatan Indonesia.
Bagaimanapun kerakyatan
Samsudin pula mendatangkan kesangsian kerana siasatan saya mendapati data
peribadi Samsudin di Jabatan Pendaftaran Negara begitu mencurigakan iaitu tanpa
'Ibubapa'.
Saya agak terkejut kerana
dalam data JPN, Samsudin dilahirkan di Kampung Lupak Meluas sedangkan pada hari
kelahirannya 08 Februari 1955, kampung berkenaan belum lagi wujud.
Sebelum ini, Paparazzi
Sabahkini.net telah mendedahkan bahawa Samsudin telah terlibat secara langsung
mendapatkan MyKad untuk 'Gundiknya' Pia Bte Dahlan yang memalsukan keterangan
diri dan mengaku sebagai saudara TYT Sabah. Mungkin kerana tidak dapat tanduk,
maka telinga beliau pulas dengan menjadikan Lahirul sebagai sasaran untuk
mengalihkan perhatian rakyat Sabah dan Panel RCI.
Blog dan komen di
Sabahkini.net juga turut mendedahkan bahawa Samsudin lahir di Filipina sebelum
dilahirkan sekali lagi setelah tembuninya ditanam di Bongao, Filipina; mendapat
suaka di Tambisan sebelum berhijrah ke Sandakan bersama Dahlan dan dipelihara
ibu angkat bernama Fatnah.
Jika benar Samsudin
mempunyai ibubapa yang sah, kenapa Samsudin tidak mengemaskini rekodnya di JPN dan
tanpa segan silu menjalani ujian DNA dengan salah seorang anggota keluarganya
untuk mengesahkan bahawa beliau anak jati Sabah dan bukannya PATI sebagaimana
didakwa rakyat Tambisan dan penduduk asal Batu Sapi.
Jika pendedahan
Sabahkini.net tidak benar, maka Samsudin sewajarnya menyaman Sabahkini.net dan
bukannya menjadikan Lahirul dan seteru ketatnya, Jimmy Wong (Adun Sri Tanjung) sebagai
Korban di Hari Raya Korban ini.
Dalam hal ini Samsudin
sepatutnya insaf di atas perbuatannya yang bukan sahaja mencemarkan ajaran
Islam dengan melanggar Undang-Undang Poligami di Malaysia; melakukan jenayah
syariah dengan berkhalwat dengan bukan muhrim di Hotel Hyyatt Kinabalu; malah
menjadikan dirinya sebagai 'Pengkhianat Negara' kerana mendalangi kegiatan
subversif mendapatkan kerakyatan songsang kepada 'Gundiknya' dan sebahagian
besar ahli UMNO di Batu Sapi.
Ketua Menteri Sabah tidak
sepatutnya bersekongkol dengan segala jenayah yang dilakukan Samsudin selama
ini dengan menyambung kontraknya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan kerana telah
menindas nelayan miskin sehingga mereka membenci Barisan Nasional kerana hak
mereka untuk mendapat minyak bersubsidi dinafikan.
Jika Ketua Menteri menutup
mata di atas kezaliman yang dilakukan Samsuddin selama ini, maka hukum karma
pasti berjalan apabila malaikat menghijab mata pengundi daripada melihat Lambang
BN di atas kertas undi dan memangkah Pakatan Rakyat.
Cukuplah upah besar yang
diterima Samsudin atas jasa dan khidmat bakti kepada Ketua Menteri selama ini
dan tidak membiarkan Samsudin menggunakan kesempatan terakhir ini untuk menikam
Ketua Menteri dan UMNO dari belakang kerana rakyat tidak dapat memaafkan segala
kesalahan dan kezaliman Samsudin selama ini.
Sampai bila Ketua Menteri
mahu melindungi Samsudin sedangkan beliau menjadi liabiliti bukan sahaja kepada
UMNO, Barisan Nasional; malah kepada Negara Malaysia kerana menjadi 'Pengkhainat
Nombor Satu' di Sabah disebabkan Skandal MyKad untuk Gundiknya, Pia Binti
Dahlan sedangkan beliau adalah Penggubal Undang-Undang di Sabah.
Sepatutnya, Samsudin bukan
sahaja dipecat daripada kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi,
Adun Sekong, Pengerusi Ko-Nelayan; malah disumbat ke dalam penjara kerana menderhaka
kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.
Kelmarin, hampir semua
akhbar menyiarkan kenyataan Samsudin yang mendesak RCI menyiasat asal usul Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Lahirul
Latigu.
Beliau berkata Lahirul
adalah antara pihak pembangkang yang lantang mengupas isu pendatang asing (PTI)
dan kewujudan RCI yang dianggap tidak rasional dan memperlekehkan usaha murni
kerajaan dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing di Sabah.
"Lahirul lantang
mengupas isu PTI dan RCI di Sabah, sedangkan beliau adalah salah seorang PTI
yang harus diteliti asal usul keturunannya. Bapa beliau (Lahirul) ialah Latigu
bin Laando, seorang warga Indonesia berbangsa Buton yang memegang pasport No.W075828
sedangkan Ketua Pemuda Pas Sabah itu memegang KPI No.7607l9-12-5747 dan
berbangsa Melayu.
"Malah salah seorang adik
beliau bernama Nuridah Binti Latigu dengan KPT No 810526-12-5700 berbangsa
Murut: dan adik beliau bernama Noriyati Bind Latigu dengan No.KPT
780302-12-6048 berbangsa Buton. Tiga orang adik beradik ini mempunyai bangsa
berlainan," katanya.
Samsudin berkata demikian
dalam ucapan bahasnya ke atas Belanjawan 2013 di Dewan Undangan Negeri Sabah di
sini pada Selasa.
Beliau juga mendakwa bahawa
Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin yang lantang menyuarakan
isu PTI adalah bapa segala PTI di Sabah yang juga mengupah PTI untuk menjadi
pengawal peribadinya.
“Adakah YB Sri Tanjong ini
bersekongkol dengan Ketua Dewan Pemuda Pas ini dalam hal-hal berkaitan isu PTI
ini? Saya yakin dan percaya bahawa ada ramai lagi PTI seperti Ketua Pemuda PAS
Sabah ini yang direkrut oleh pakatan pembangkang untuk memutarbelitkan fakta
demi mencapai agenda politik murahan mereka,” katanya.
Samsudin berkata pihak
pembangkang terdesak sehinggakan sanggup bersekongkol dengan PTI untuk memperjuangkan
agenda politik mereka.
“Saya pasti mereka ini
terpaksa menggunakan khidmat PTI kerana sokongan rakyat Sabah terhadap parti
pembangkang tidak ada sambutan," dakwanya.
(NOTA
: Pandangan Citra adalah pendapat peribadi dan tidak semestinya pendapat
Sabahkini.net atau parti yang diwakilinya).
No comments:
Post a Comment