KAJANG: “Saya nak cari yang
terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki
berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat
kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.
Kisah Mohd Razis Ismail, 30,
didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada
sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum
menahannya.
Tangkapan dilakukan sepasukan
anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong
Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di
sini, jam 1 pagi malam semalam.
Dia didakwa di Mahkamah
Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu
memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.
Ketika disoal siasat, Mohd
Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan
kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan
tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala
sebelum bercerai.
No comments:
Post a Comment