KUALA
LUMPUR : Landasan kapal terbang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
(KKIA) akan terus ditutup untuk operasi sehingga 10 malam ini, sementara
Malaysia Airports Berhad (MAB) memulihkan isu pencahayaan di landasan itu.
Dalam
satu kenyataan, Bahagian Komunikasi Korporat MAB berkata usaha sedang
dijalankan bagi memasang sistem sokongan elektrik mudah alih bagi membolehkan
operasi terhad dijalankan, pada sebelah malam.
Perkembangan
lanjut akan dilakukan dalam masa terdekat, sebaik sistem sokongan elektrik
mudah alih itu dipasang.
KKIA
ditutup malam tadi, selepas lampu landasan tidak berfungsi menyebabkan beberapa
penerbangan masuk dan keluar terpaksa dibatal atau dijadualkan semula dan ramai
penumpang terkandas. (Bernama)
No comments:
Post a Comment