Saturday, 27 October 2012

DAP JADI PILIHAN CINA SABAH?





Saudara Pengarang,

PADA persidangan DUN Sabah baru-baru ini, masyarakat Sabah terutamanya kaum Tiong Hua, terasa sangat marah dan sedih, setelah melihat Adun tunggal DAP, Jimmy Wong, telah 'disembelih' oleh 59 orang Adun BN.

Adakah ini namanya demokrasi apabila seorang Adun, yang dipilih rakyat dalam sebuah pilihanraya umum, ingin bersuara di DUN, akan tetapi dihalang oleh Speaker dan dikacau Adun BN, terutamanya Adun Sekong?

Semua rakyat Sabah tahu bahawa Adun Sekong itu kerjanya hanya tahu menghentam orang sahaja, walhal diri sendiri dipenuhi najis kotor dan pelbagai skandal. Sepatutnya dia cermin diri sendiri dulu sebelum mahu mengajar orang lain.

Berbalik pada rasa muak masyarakat Cina Sabah kali ini terhadap kerajaan BN bakal mencipta sejarah jika DAP meletakkan calon di kesemua sembilan kawasan majoriti Cina setelah melihat kejayaan Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Oleh itu tidak hairan, faktor Lim Guan Eng akan memberi impak yang ketara pada pola pengundian kerana setiap kali beliau datang ke Sabah diberikan sambutan luar biasa.

Semoga pendirian masyarakat Cina tidak terpesong oleh dakyah SAPP, LDP dan MCA yang kononnya mewakili suara masyarakat Cina.
Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

No comments:

Post a Comment