LABUAN: Sejumlah RM17,391
telah dirampas dari premis pemberi pinjaman wang tanpa lesen pada Selasa lalu
di Jalan Kenanga kawasan bandar Labuan setelah pihak polis menerima maklumat
dari orang awam mengenai aktiviti itu.
Ketua Polis Daerah Labuan,
Superitendan Adzhar Othman kelmarin berkata serbuan pihak polis pada jam 10.45
pagi itu telah diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah,
ASP Mohd Sabri Hj Bahazin.
“Dalam serbuan itu, pihak
polis turut merampas 15 buku akaun milik peminjam, satu unit komputer, 26
keping kad ATM milik peminjam, beberapa borang perjanjian hutang dan sebuah
buku pelan pembayaran balik.
“Turut dirampas beberapa
milik premis terbabit termasuklah papan iklan syarikat. Kesemua barang serta
dua orang wanita berumur 28 dan 31 tahun iaitu pekerja di premis itu dibawa ke
balai polis untuk siasatan lanjut.
“Setelah disoal siasat,
kedua-dua wanita itu dibebaskan dengan jaminan pihak polis,” katanya.
Beliau berkata, premis itu
dipercayai telah beroperasi selama sebulan dan pemilik premis masih lagi belum
dikenalpasti.
“Siasatan bagi kes ini masih
lagi di peringkat awal. Namun, pemilik premis terbabit akan dihadapkan ke
mahkamah setelah kami mendapat pengesahan dari pihak Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) dan Perbadanan Labuan (PL) bahawa premis itu tidak berlesen,”
katanya.
Jika sabit kesalahan
mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, pemilik premis boleh
didenda tidak kurang dari RM250,000 dan boleh dipenjara sehingga lima tahun.
Adzhar berkata, mereka yang
meminjam wang di premis itu terdiri daipada kakitangan kerajaan dan peniaga
kecil.
Mengenai kadar faedah yang
dikenakan pula, beliau berkata ia masih lagi dalam siasatan, tetapi beliau
percaya ia mencecah 10 hingga 18 peratus.
Setakat ini, katanya, pihak
polis belum lagi menerima sebarang aduan dari mana-mana peminjam yang menjadi
mangsa seperti ancaman dan sebagainya dari pihak pemberi pinjaman yang
berlesen.
Adzhar menasihati orang
ramai agar tidak meminjam wang dari premis yang tidak berlesen. (UB)
No comments:
Post a Comment