DALAM sebuah hadis yang
diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang
lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat
wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki
lain begitu juga dengan wanita”.
Imam Nawawi mengatakan ia
merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara keduanya tiada pemisah. Ia
menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara bahagian tubuh baik lelaki
mahupun wanita.
Hal itu telah menjadi
kesepakatan para ulamak. Banyak orang menganggap ia suatu perkara remeh di mana
ramai orang yang mandi dalam satu bilik mandi. Kerana itu, hendaknya setiap
orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari aurat orang lain, serta
memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh orang lain. Dan apabila
melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan
memperingaatkannya.
Larangan ini juga merangkumi
tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa
berpakaian sehingga mengakibatkan aurat kedaunya tersentuh atau terlihat. Ia
termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada perkara
maksiat.
Batasan aurat yang harus
ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam lain adalah dari pusat hingga ke
lutut. Manakala dengan wanita bukan Islam pula sama seperti aurat wanita dengan
lelaki yang bukan mahram.
Tetapi banyak wanita yang
menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu langsung. Banyak terjadi
seorang wanita Islam dengan tidak malu membuka auratnya dihadapan teman baiknya
kerana menganggap mereka bersamaan jantina.
Bukan mustahil juga ada
dikalangan mereka yang membantu rakannya mencukur bulu kakinya bahkan bulu
kemaluannya. Semua itu merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat. Wanita
mengangkat darjat wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki
bahkan di kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu
diikuti. (Al-Muslimah)
No comments:
Post a Comment