Sabahkinitv Production

Loading...

Sunday, March 3, 2013

APAKAH INSIDEN TANDUO 2 + 2 = 5?






Oleh : MUTALIB M.D

MUNGKIN Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Hamza Taib pakar matematik kerana dapat menyelesaikan kemelut pencerobohan 'Tentera Sultan Sulu' dengan cekap iaitu 200 orang penceroboh tolak dengan 12 kematian, 10 serah diri maka jumlah yang tinggal di Tanduo adalah KOSONG!

Saya teringat 'Puzzle' yang ditanya Tun Dr Mahathir Mohammad kepada Tan Sri Ting Pek King bagaimana mahu menyelesaikan Formula 2 + 2 = 5 kerana tidak ada sesiapa di dalam mesyuarat khas berkenaan tahu jawapannya.

Kata Ting, "Satu untuk you, satu untuk gua. Dua untuk you, dua untuk gua. Tiga untuk you, gua tatak payah!" (Maksudnya, satu untuk anda, satu untuk saya. Dua untuk anda, dua untuk saya. Tiga untuk anda, saya tidak perlu). Dengan kata lain, 'RASUAH'.

Tetapi dalam isu pencerobohan 'Tentera Mat Bom @ Ahmad Malandi' yang dijenamakan semula senagai 'Tentera Sultan Sulu', Pasukan Perisik Sabahkini.net yang menjalankan tugas berbahaya menjalankan intipan, risikan dan perhubungan mendapati jumlah mereka hanya 76 orang; enam daripada mereka ialah wanita!

Malam tadi, Kumpulan Perisik Sabahkini.net menerima panggilan penduduk kampung Tg Batu bahawa sekumpulan antara 30 hingga 36 orang 'Tentera Mat Bom' yang terlepas daripada serangan pihak berkuasa bersembunyi di sekitar hutan di antara Kampung Tanjung Batu, Kampung Pasusul dan Kampung Tg Labian.

Namun atas sebab keselamatan dan masih dalam kawalan polis; kedudukan mereka telah dilaporkan kepada polis; malangnya polis tidak percaya ada yang terlepas daripada serangan mereka.

Sehubungan itu Pasukan Perisik Sabahkini.net sukar menjalankan tugas risikan, namun melalui perhubungan telefon dengan penduduk kampung, mereka mengakui tidak nampak secara jelas; tetapi mereka bertelefon dengan beberapa orang penduduk kampung yang turut serta dalam 'Tentera Mat Bom' dan keluarga mereka di Filipina; mereka mendapat tahu bahawa di antara 30 hingga 36 orang dapat melepaskan diri daripada serangan di Tanduo.

Manakala 10 orang daripada 76 orang 'Tentera Mat Bom' telah berjaya melarikan diri melalui laut dengan berenang atau menumpang sampan nelayan Kampung Tanduo sekitar jam 1.30 petang kelmarin.

Jika dicongak kembali, 10 orang menyerah diri, 10 terbunuh, 10 melarikan melalui laut; maka bakinya 36 orang yang kini berada di antara Kg Tb Baru, Kg Pasusul, Tg Labian dan menuju ke Tanagian Lama.

Namun kata polis 'Game Is Over' kerana mereka tidak yakin ada yang dapat melepaskan diri setelah dikepung oleh pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

Mungkin Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri tidak malu kerana menurunkan begitu banyak pasukan keselamatan dengan kos lebih RM200 juta (anggaran Tan Sri Harris Salleh) untuk berunding sebelum menggempur 20 'Tentera Sultan Sulu' yang sebelum ini dilaporkan sejumlah 200 orang?

Siapa yang akan percaya kepada polis jika keadaan sebegini genting gagal ditangani dengan sempurna sehingga mengorbankan dua komando terbaik Vat 69 dan mencederakan beberapa orang kerana 'bengap, bebal dan degil' untuk menerima laporan penduduk kampung yang disalurkan melalui Sabahkini.net dan SMS?

Nasib dua daripada tiga Naib Presiden UMNO mungkin dalam dilema kerana mereka gagal mempastikan Sabah selamat daripada pencerobohan kerana kedua-dua mereka memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.

Dalam pada itu, penduduk Lahad Datu masih dalam trauma dan ketakutan kerana jumlah PATI termasuk pemegang IC Projek di bandar ini terlalu ramai sehingga mengatasi penduduk tempatan.

Malah Ketua Penerangan UMNO Silam dan sebahagian besar ketua cawangan dan ahli UMNO Silam juga adalah PATI yang mendapat kad pengenalan projek sehingga mereka ini menjadi gunting dalam lipatan dan menjadi 'Cocoon' kepada Warga Penyu terutama penjenayah yang berjubahkan Pejuang MORO!

3 comments:

  1. Perisik Sabah.net ni diiktraf dari mana? Post dulu gambar... Terima lah hakikat dari sumber yang sahih bukan dibuat-buat

    ReplyDelete
  2. yup..setuju..bila masa perkara ni berlaku bila dah dekat pilihanraya...

    ReplyDelete
  3. Perisik ni dpt dari sumber lain atau mmg turun sendiri di tempat kejadian?

    ReplyDelete