Oleh : FAIZAL OKADAU
KINABATANGAN : Parti Islam
Se-Malaysia (PAS) Kawasan Kinabatangan menggesa kerajaan supaya lebih prihatin
dalam memenuhi keperluan beragama rakyat
di Sabah, khususnya di kawasan pesisiran pantai dan kuala N48 DUN Sukau.
Penyelia PAS N48 DUN Sukau,
Sairin Muyang membuat gesaan tersebut setelah melawat beberapa buah pulau di
N48 Sukau mendapat keperluan imam yang bertauliah tidak dipenuhi dibeberapa
buah kampong seperti Lubukan, Tanjung Batu,Sri Ganda dan Tidong Tabing. Ini menyebabkan masjid dan
amalan ritual tidak dapat diimarahkan.
Masjid menjadi sunyi
daripada amalan agama dan apa yang menyedihkan sehingga ada kampong yang
kesukaran untuk menyempurnakan fardu kifayah seperti mengurus jenazah dan tahil
arwah. Penduduk terpaksa ke pulau yang lain untuk mendapat khidmat imam.
Selain daripada itu, Sairin
turut terkilan dengan sikap tidak cakna kepimpinan BN yang mengurus kerajaan
kerana sanggup membiarkan keperluan guru KAFA tidak dipenuhi di kebanyakan
kampung. Bilik KAFA Pulau Lubukan umpamanya dibiarkan rosak tanpa aktiviti
fardu Ain dan dikebanyakan kampong kelas KAFA tidak berfungsi.
“Saya difahamkan sudah
beberapa tahun tidak ada guru KAFA di Pulau Lubukan ini setelah guru yang
sebelum ini berpindah. Alasan tiada yang layak tidak sepatutnya berlaku kerana
pihak kerajaan mesti mewujudkan usaha untuk melatih bakal guru dan imam untuk
memenuhi keperluan masyarakat,” jelas Sairin dengan nada kesal.
Menurut beliau lagi,
Kerajaan sepatutnya menyediakan insentif kepada anak-anak tempatan untuk
belajar di Pusat Latihan Dakwah dan kembali ke kampong halaman untuk berkhidmat. Bukan sekadar mengharapkan
penduduk mencari sendiri apalagi dengan
kepayahan dan kemiskinan yang dideritai oleh penduduk.
Seorang penduduk Tanjung
Batu yang engan namanya didedahkan, berterima kasih kepada tabligh dan PAS yang
datang secara sukarela menjalankan aktiviti agama di tempat mereka. Kalau
harapkan kepada UMNO hanya acara hiburan dan sukan sahaja yang mereka atur.
Sairin mengingatkan tugas
sebagai pemimpin ialah untuk menjaga agama bukannya menjaga projek. Kenapa
membiarkan rakyat sunyi daripada aktiviti dakwah dan jauh dengan agama? Apakah
pemimpin N48 Sukau tidak rasa bersalah atas apa yang telah dan akan menimpa masyarakat?
No comments:
Post a Comment