PASUKAN.......Pairin
dan Dompok menunjukkan surat yang ditandatangani bagi pergerakan Operasi
Tataba. Kelihatan sama Madius, Justin dan Daniel.
Oleh : ROZIE JUMAT
TAMBUNAN : Gandingan yang erat sebagai satu pasukan
dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) membawa kebaikan kepada rakyat, di mana perjumpaan melibatkan pemimpin
tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan
Upko sebagai satu petanda yang
menguatkan semangat persaudaraan diantara satu dengan yang lain.
Presiden PBS, Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, sebagai satu pasukan kerjasama ketiga parti itu dapat
menyampaikan hasrat, mendekatkan diri kita ke arah yang baik untuk masyarakat
majmuk dan khususnya KDM.
Pairin berkata demikian di Majlis
Ramah Mesra Pemimpin BN di TRCC, di sini. Program itu adalah untuk
mengalu-alukan kehadiran Presiden Upko yang juga Menteri Perusahaan Perladangan
dan Komoditi yang telah menganjurkan Program Hello Komoditi kepada para pekebun
Kecil di daerah Tambunan.
Menurut Pairin, sebelum ini
ketiga Presiden Parti Komponen dalam BN telah duduk meja bersama dalam satu
pelancaran Program Operasi Tataba yang dikendalikan bersama ketiga parti itu.
“Oleh itu kena pada
tempatnya untuk kita mengambil peluang
di mana saja untuk menyampaikan
hasrat kita, menguatkan lagi tali silaturahim dan mendekatkan hati kita dalam
soal menuju ke arah yang lebih baik untuk masyarakat majmuk dan keturunan kita
di negeri ini,” ujar Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah
dan Wakil Rakyat Tambunan.
Katanya, dengan niat baik dan tulus ikhlas tersebut dapat
menguatkan lagi semangat persaudaran dan mempastikan perjalanan yang lebih baik
untuk negeri dan rakyat Sabah.
Sementara itu, Bernard
berkata beliau berasa gembira dapat bersama-sama pada program anjuran PBS
Tambunan tersebut.
“Saya senang hati dengan
program ini., satu peluang besar dan penuh bermakna,” ujar Bernard yang turut
memberitahu perjalanan politik beliau bermula di Tambunan pada tahun 1984.
Sempena Program Ramah Mesra
bersama Pemimpin BN itu kedua Presiden telah menurunkan tandatangan perlantikan
penyelaras bagi Operasi Tataba di seluruh negeri melibatkan ketiga parti.
Hadir sama Setiausaha Agung
Upko, Datuk Wilfred Madius Tangau , Wakil Rakyat Bingkor Datuk Justin Guka dan
Penolong Setiausaha Agung PBS, Datuk Daniel Kinsik.
No comments:
Post a Comment